Tuesday 16 January 2018

. Trip ke Hokkaido ( Sambungan hari keempat dan kelima ) .




Taraaaaaaaaaaaa !!! Okay , ana mulakan dengan gambau hari kelima , walaupun hari keempat masih tak habis lagi . Bhahahaha :D Saja excited . Sebab hari kelima , hari paling BEST sebab dapat merasa hujan salji dan salji . It is yeayyyyyyyy :D


Ekceli , lepas je kami melawat ke Otaru , kami ke sini pulang . Kilang coklat yang sangattttttttt comel :) Nampak sedap sedap pulak tu . Aduhhhh . Stress x dapat beli . Hahahaha :D

Gambar yang kami amik nie . gambar depan kilang tu . Kilang , tapi binaan macamkan istana . Sooooo cantik ! Dan yang lagi best , masa kami sampai tu , dah nak dekat malam . So , tempat nie dah macam I-City kat Shah Alam . Penuh dengan lampu warna warni , aidilfitri . Hahaha :D





                                                                 Cantikkan kilang coklat nie ? 



Masa elok je kami masuk dalam kilang coklat nie , tiba tiba kami jumpa seorang budak perempuan Jepun yang sangattttttttttttt comel ! :) Kami pun apa lagi , pakat amik gambar dan usik usik dia , sampai nangis . Bhahaha :D Padan muka ! Sape suruh comel sangat kan ? :P

Masa nak balik pun , ada jumpa sepasang budak lelaki dan budak perempuan pakai baju Santa Claus . Comel jugak weiii ! Asal ntah , budak budak nie comel sangat . Rasa macam nak bungkus bawak balik je :P Ekceli , ana dah amik dah pun gambarnya . Tapi , bila ana check balik hp , gambar tu tak jadi . Sebab memori full . Taguneee ! Hahaha :D Tak dapat simpan sebagai kenangan . Tapi , rasanya , dekat kamera site team , ada :D Boleh minta nanti . 



Aduh ! Asal ntah , semua gambau nya nak gegau . Hahaha :D Sebab amik dengan kamera insta kot :p Kot lah kan .. ke , tangan ana yang x bedung . Eh ? 😂😂😂

Okay , firstly bila kome masuk dalam Kilang coklat nie , kome akan jumpa satu kolam air pancut sederhana besar . Dan dekat situ jugak nanti , akan ada 2 camera man / woman , yang willing amikkan gambar kome by their camera and also our hp camera . 

Rupa - rupanya , bila dah settle amik gambau tu , deme juaiii kat atas . Kahkahkah :D Boleh ler kome kalau nak beli sebagai kenang kenangan ...... Macam ana , ana beli :) Sebab akan dapat dua gambar . Satu lagi , pemandangan di luar Kilang Coklat bila kita keluar nanti . 

Okay , lepas je habis melawat dari kilang coklat tu , baru ler kami balik semula ke hotel . Hotel yang sama masa hari keempat kami dok tido tu . Esoknya pulak lah baru nak tukar ke hotel yang lain ....


Nie gambar masa kami nak check out hotel . Sempat tu , dok selpie lagi . Gittewwwww .. 😌😌

Masa nie , salji baru turun dekat hotel . Tapi , x banyak . Dia macam hidup segan , mati x mahu je .. cara turunnya tu 😝😝 Yang kesiannya , bila kita nak check out tu , salji dah benti . Kahkahkah 😂😂 Masa time sarapan , ada . Nasib lepas je sarapan , berlari ana ke luar hotel . Semata nak merasa salji turun . Bhahahahaha .. nampak ciri ciri ja alip kunnya kan ? 😝


Pagi tu , kami ke sini . "Sapporo Olympic Museum" . Best . Sebab otw nak ke sini , berjujuk salji turun di sepanjang jalan . Kami yang dalam bas tu pun , riuh dan bersorak macamkan apa je .. 😂😂😂 Excited weiii !!




Nie keadaan dalam Museum Olympic tu . Kecik je .. dan boleh ana katakan , xde apa . Hahahahah . Cumanya , boleh ler kalau nak try 3D ski . Letak kaki , and then ada video seolah olah kita sedang ski kan diri 😅😅


Cuma kat bahagian luar dia lagi best bagi kami . Sebab boleh main salji 😂😂😂 Tengoklah gambar ana kat atas nie . Tetiba feeling sonata musim salju . Gittewwwww .. 😌😌








Happy gila weii ! Dapat pegang salji . Rasa muka sejuk sejuk je , macam ada dalam peti ais bahagian atas .

Tapi yang tak bestnya , sekejap je kami kat sini . Sebab lepas tu , kami ke "The former Hokkaido Government"





Tempat nie , view dia lah cantik . Walau hakikatnya , dia adalah sejenis bangunan lama kerajaan . Tapi , maintain cantikkkk 👍👍👍


Bersama dengan Linda , tour guide kami .. 😘
Oh sebenarnya kan , masa dah sampai sini , kami dah excited turun bas . Sekali , our General Manager kami kata , dompetnya xde . Udohhhh !!! Mana pi ntah . Masing masing dah simpati plus cuak dah . Siap planning nak patah balik Olympic Museum tadi .

Tapi , alhamdulillah . Elok je kami naik balik ke dalam bas , nak patah balik , jumpa pulak dompetnya . Jatuh kat seat belakang je . Ceh ! Wat gempak je 😂😂


Lepas dari bangunan lama kerajaan tu , kami cari kedai makan pulekssss . Udoh lapor kome oi ! Tapi kan , kedai nie ada dua selection makanan je . Sama ada kambing bakar @ pork bakar . Hah kau ! Tu je menunya pun . So , nak tak nak , yang muslim dengan Indian , pilih ler kambing bakarrrrrr ...

Alhamdulillah , sedap weiii 👍👍👍 Sedap yakmat daging dia . Penuh pulak tu atas nasi . Betul betul punya nikmatlah dapat makan .. 😭😭


Masing masing muka bahagia dapat makan .. 😂😂😂

Lepas je dari makan tengahari tu , kami ke Beer Factory pulekssss . Asadi .

Kami dibawa melawat cara pemprosesan arak tu bagaimana . Bukan tengok dekat dekat . Tapi , tengok melalui satu lorong khas di tingkat atas yang bercermin .

Dari situ , kita boleh nampak lah prosesnya bagaimana . Mostly , tak guna khidmat manusia yang ramai pun . Sebab hampir 99% guna mesin je . Laju pulak tu . No wonderlah dalam sehari dia boleh hasilkan bertin tin arak .

Lepas je dari "lawatan" tu , dia hidangkan sorang segelas arak . Mana yang chinese dengan Indian , bolehler minum . Macam kami yang Muslim nie , dia bagi air tin jus epal . Tapi , ana tak amik pun . Hahahahaha ..


Masa nie ler kami dapat minum free . Hahahaha . Sambil menyaksikan demo macam mana deme tuang arak tu cantik je , buihnya jadi ke atas . Pun bolehhh .. 😂

Lepas dari kilang arak nie , kami dibawak ke Tanukikoji Shopping Arcade . Tempat di mana , kome boleh dapatkan barang barang cenderahati like coklat .

Masa kat sini , dia bagi masa lebih kurang sejam kot . Untuk bawak diri sendiri .

So , disebabkan ana dalam misi nak carikkan jam G-Shock abang , ana lenjan jelah bawak diri sensorang .



Sebahagian jam yang ana jumpa . Tapi , x banyak pilihan . Ana pun , jenuh whatsapp abang guna wifi kat situ , tanya macam mana .

Tapi , harapan jelah nak tunggu dia balas . Sebabnya , mungkin dia tengah keje masa tu . So , ana putuskan x payah beli . Beli esok je dekat Mitsui Outlet . Deme kata , kat situ ada jugak jual jam G-shock nie .

Dan disebabkan ana x jadi beli jam , ana bawak diri jalan jalan kat area situ macamkan xde tujuan 😂😂😂 Sempat jugaklah masuk 7-Elevennya , beli potato chips dengan air coke . Hahahahah . Makan kena ada okay ! Tapi kan , potato chips dia sedap namateyyyy wei ! X sama macam rasa kat Malaysia . Rogiii beli 1 je ritu . Hahahaha . Balik Malaysia , udoh terkenang .

Ana ingatkan , ana dah lewat tiba ke tempat berjumpa semula . Sekali tengok , deme yang lambat . Sabau jelah .... boleh deme pi singgah masuk Farmasi cari barang barang kecantikan . Hahahahhaa ..

Okay , kendian kami memasing dah lapau . So , ayuhlah bawak diri pi makan .....


Tudiaaaaa !! Nie makan malam kami . Hahahhaah . Kena masak sendiri okay .





Hahahahahah . Memasing punyalah seronok main masak masak , sampaikan habis berair bekas kuali tu . Ntah style apa ntah kami masak . Asal boleh je , sudehhhhh .. 😌😌




Macam tu keadaan kedainya . Siap pakai apron okay ! 😏😏😏


Okay jap , nie gambau masa kami tunggu bas nak pergi makan malam tu . Sempatlah rakamkan kenangan kat telur pecah nie kejap . Hihi ..

Okay , sekian laporan untuk hari keempat dan kelima . InsyaAllah , kalau ghajinnnnnn lagi , ana update untuk yang last punya .....




Wednesday 13 December 2017

. Trip Hokkaido 7D5N ( Hari ketiga dan keempat ).


Fuhhh , sorry ler kome oi ! Baru nak update sambungan ke Jepun ritu . Al - maklum ler , orang sibuk , memang macam nie . Bhahaha :D

Okay , untuk hari ketiga , kami telah pergi melawat ke Bear Ranch @ King of Hokkaido :P Tempat di mana terletaknya beruang beruang Jepun yang comel dan sangat bijak okay ! Kenapa bijakkk ? Sebab boleh pulak deme ''merayu'' pelancong / pelawat untuk baling biskut makanan deme . Hahaha :D Comel je . 



Tengoklah aksi deme nie . Gediknya lahai ! Sape ntah yang ajar suh meminta minta nie . Hahaha :D



Inilah mesin biskutnya . Masuk 100 yen kalau ana x silap , baru dapat sebungkus biskut . Kira macam RM4 duit Malaysia lah . Ana tak beli pun . Sebab deme yang lain dah banyak beli dan kasikkan ke beruang tu . Ana jadi tukang saksikan je panorama tu . Hahahaha :D




Ana ada rakam video video masa kasik makanan nie jugak . Tapi macam biasa lah , berat lah nak attach sini . Kasik gambar jelah ek ? Cukup ler tu . Kalau nak lebih , datang sini sendiri . Eh ? Hahaha :D

Ekceli , tempat Bear Ranch nie , kecik je . Ada lah dalam 4@5 sangkar . Pehtu , takde apa dah . Kalau kome sejenis pencinta beruang , boleh ler lelama kat sini layankan deme . Tapi , kalau kome sejenis yang cepat bosan , kompom , 5 minit kemudian , kome dah keluar dah dari sini . Hahaha :D


Ini pintu masuknya ke Bear Ranch tu . Tapi , macam biasa , taktik perniagaan . Sebelum masuk tempat lawatan , haruslah melalui kedai kedai cenderahatinya dulu . Baru mahsyukkkk :P 

Kat dalam nie , ada jugak jual sejenis barangan kecantikkan yang sangat femes di Jepun . Yakni, yang berasaskan dari minyak kuda . Hah kau , kuda boleh bikin kulit cantik rupanya tau ! :P Bukan calang calang pulak tu regenya . Masaklah kalau dapat perempuan yang pakai produk nie . Maintenance tinggi oi ! Nak beli kat Jepun , satu hal . Nak bandingkan duit Malaysia dengan duit Jepun , satu hal lagi :P


Ini Linda . Tour guide kami sepanjangggggg berada di sana . Orang Thailand , tapi berkahwin dengan penduduk tempatan Jepun yang kaya di sini . Slack nya dia nie , dia tak begitu pandai speaking . Dia hanya tahu bahasa mandarin dan jepun . So , di sepanjang perjalanan kami , banyak info dan maklumat maklumat menarik tentang Jepun , kami tak berjaya adapt dengan baik . Sebab dia hanya dapat explain kan dalam bahasa mandarin . 


Ini lah bas yang membawa kami bersiar siar di sekitar Jepun . 




Hah kau ! Segar bugar kan , buah buahan dia . Sangat segar okay ! Sebab buah buahannya di tanam secara organik . Regenya pulak , boleh tahan mahal . Anggur yang ana pegang nie pun , isteri bos yang beli . Dia bagi rasa sorang 1 . Alhamdulillah , merasa ler anggur Jepun . So juicy and yummyyyy :)


Daripada Hokkaido nak ke Hakodate , memakan masa yang sangat panjangggggg dan lama . Macam dari Perak nak ke Melaka oi ! Lebih kurang 5 @ 6 jam . So , sepanjang perjalanan nak ke Hakodate tu , inilah RnR Jepun yang kami singgah . Bersih je kan ?? :) ( Kantoi pulak , tengah gambar nie diambil , manager baru keluar toilet :P )


Setelah melalui berjam jam perjalanan , baru kami semua berhenti makan . Masa nie ya Allahhhh , lapar gila baq hang ! 

Nasib baik lah makanan dia , quite okay ! :) Walaupun dilimpahi dengan banyaknya sayuran . Sebab memang kat sana , deme suka makan sayur . Dengan ana ana , dah terjebak wei ! By the way , yang ana kepit dengan chopstick tu , labu . Labu buat bakar . Hahahaha :D First try makan , dan so sedapppp :)


Habis makan tu , pekena ais krim pulak . Sebab dalam restoran makan nie , ada jugak jual barangan cenderahati bersama ais krim . Kat Jepun nie , tak tau lah kenapa , banyak nau nau orang / tempat yang jual ais krimnya . Walhal , tengah musim sejuk kot ! Rupa - rupanya , tradisi / adat orang Jepun , kalau musim tu musim sejuk , diorang tak minum air panas panas . Sebaliknya , minum air sejuk sejuk jugak . Dan kalau musim panas pulak , diorang tak minum air sejuk sejuk . Tapi , diorang minum air panas pulak . Gittewwww ... Mengikut musim sangat uolls :P

Yang eskrim ana pegang nie , perisa Octopus . Aiskrim dakwat sotong kome ! Hahaha :D Kau tengok orang Jepun , dakwat sotong pun boleh buat eskrim . Kat Malaysia ada ?? Masa ana nak beli eskrim nie , ana ingatkan coklat . Sebab nampak dalam gambar , macam warna coklat . Rupanya , eskrim dakwat sotong . Laka laka je . Member team lain , semua dok tanya ana , sedap ke idok eskrim dakwat sotong nie . Hahaha :D

Tapi , ana tak tau lah celah mana rasa dakwatnya . Sebab masa makan , rasa macam elok manis vanilla dan susu je . Takde ler pulak rasa pelik pelik yang menggambarkan ana tengah makan eskrim dakwat sotong . Nama je lebih nie . Hahaha :D



Lepas je makan , hujan mencurah curah dengan lebatnya . Dah lah suhu kat sana udoh memang sejuk , sekali , hujan pulak wei ! Pakat menggigil ler masing masing . 

Kendian , kami melawat ke satu shopping mall nie . Bukan biasa biasa . Sebab dalam shopping mall nie , ada panggung . Panggung tentang kisah sejarah penemuan dan pembuatan Rumpai Laut . Sebab Jepun terkenal dengan rumpai laut yang sangat banyakkkk . 


Ada macam macam yang dijual dalam mall nie . Salah satunya , cekelat nie . Tak beli pun . Saja amik gambar . Sekali dah balik Malaysia , baru ana tau coklat Royce nie femes . Sampai ada yang buat hantaran . Kahkahkah . Awat tak habaq awaii awaii ?? -..- Kalau tak , ana borong dah , buat hantaran jugak nanti . Achewahhhhh , takmo kalah kau !



Rumpai laut yang dikeringkan lalu ditaburi dengan bijan . Sedappppp :) Ana share dengan manager , borong 6 paket terus . Rege Malaysia , dalam RM40 bagi 3 peket seoranggggg . 


Keychain yang berjaya ana rembat dalam mall nie . Tapi , bapak mahai oi ! 1pcs - dalam RM12 duit Malaysia . Gila ! Hahaha :D Tapi , sebab ana ramai sisters sisters di Malaysia , ayuhlah pakat beli gak , sebagai kenang kenangan . 


Lepas dari Mall tu , kami ke tempat terakhir pulak bagi hari ketiga . Yakni , Hakodate Ropeway . Excited weii , nak naik cable car . Tapi kisah sedihnya , tak best ! Hahaha :D Best lagi cable car dekat Langkawi . Ada jugak lelama dalam tu , menyaksikan panorama alam . Yang kat Jepun nie , udoh ler hujan lebat , dah nak malam , sekejap je pulak tu naiknya . Sikit tak mencabar ! Like macam membazir pun ye . Hahaha :D Semua sakit ati je memasing . 


Nie panorama kat atas masa naik cable car tu . Tapi , disebabkan cuaca tak begitu baik , amik gambar pun ntah hape hape , baik ler ana selpie jelah dengan anak Tour Leader kami nie . Cantikkan ???


Ana lambat masa nie . Deme dah selpie dulu dah -..-


Masa nak turun dari situ , jumpa pulak budak laki Jepun nie dengan nenek dia . Comei betul . Tapi , muka annoying je . Sebab jumpa orang yang tak dikenali , ajak selpie :P



Habis dari Cable Car tadi , baru ler kami check in hotel yang keduaaaaa . Seperti hotel yang pertama , masih mengekalkan ciri ciri tradisional . Tapi toilet tetap bersihhhhhh dan stylo habis . Sebab guna button je sistemnya :) Sangat best :)


Kahkahkah :D Benda pertama yang kami semua cariiiiii , sebaik sahaja check in hotel . WIFI wei ! Sebab memasing dari pagi tak bukak data sebab semua pakat tak buat roaming . So , mengharapkan ehsan WIFI hotel jelah nok ! Bhahahaha :D


Merasa pakai Kimono lagi untuk hotel kedua nie . So , baiklah gunakan kesempatan yang ada nie , untuk merakam detik kenangan . Nak beli , mahal . Dapat pakai free kejap pun , jadilah ... ye tak ? :P



Dinner time !!!!! Semeja dengan Kak Elis :) Comel je akak nie , macam anak dara ! Walhal , dah anak sorang kau ! Sikit tak macam mak mak :P



Taraaaaaaaa !!! Menu yang ana amik . Spagetti tu ya ampunnnnn , sedap weiii !! Juice apple dia pun , meletop kebabom :)


Lupa pulak nak kasik tau . Sebelum dinner tu , kami bergambar dulu dengan banner .

And then lepas makan pun , bergambar reramai lagi , sebab malam still baby . Semua tak tahu nak buat apa dah . Hahahaa :D





Tadaaaaaaaaa !!! Morning view hotel tu ! Meletopsss kan ? Masha Allah . Rasa seghonokkkk gila dapat menyaksikan keindahan panorama bagaikan lukisan :)


Apa lagi , bawak bawak ler bergambarrrr :) Kuruskan ana ? Berkat makan makanan berkhasiat je kat Jepun nie . Bhahahaa :D


Sejenis roomate yang suka turun awal tiapkali makan . Just nice je keadaan dia . Sebab tak yah nak bersesak sesak dan boleh makan dengan selesa . Sebab masa masih awal :)


Hah kauuuu ! Macam mana ler tak kurus , makan nie je pepagi . Bukan macam kat Malaysia . Manjanggggg je nasi lemak dengan roti canai :P

Memang betul betul cipta sejarah . Tak pernah lagi seketul Nurul Hasanah sarapan makan nenas dengan kiwi . Hahahaha :D


Sejenis penghargaan dari deme terhadap pelancong luar . Comel je kan ??? Dok berbaris elok elok dengan bendera :P Seriously , deme nie excited gilaaaa . Melambai lambai dengan bendera tu , masa bas dah mula bergerak .

Masa deme lambai lambai nie , ana ada rekod videonya jugak . Tapi macam biasalah kan , malas lah nak attach sini . Kasik gambar sudehhhh :D


Masa dalam perjalanan ke tempat lain tu , boleh ler pulak ana ternampak ''view'' nie . Perempuan yang jadi controller kenderaan berat . Perghhhh ! Cayalah wei !


Si Linda Tour Guide kami tu , kasik cekelat nie . Sedapppp :) Ada almond dalam dia . Sebijik pulak tu ! Bukan separuh @ sebelah macam orang bisnes buat juai biskut Almond London tu ! kahkahkah :D 

Sekali ghopernya , Si Linda nie nak promotekan cekelat nie . Kot ada sesape yang nak beli , jadikan cenderahti . sepeket 1000 yen , bersamaan RM40 duit Malaysia . So , ana beli 2 je :)



View yang sangat cantikkkk :)


Air beli kat mesin ''gedegang'' :P Ingatkan sejuk . Rupanya , panas kau ! Hahaha :D


Menu tengahari kami untuk hari keempat . Sushi in da houseeeee . Tapi kan , sushi nie , betul betul belum masak . Liat kalau makan macam tu je . So , kami ( melayu dengan india yang duduk semeja ) , pakat celur dalam kuah mee tu . Bhahaha :D



Sejenis pencuci mulut yang sedap :)


Tak tahulah apa nama natang nie . Nampak macam tauhu dengan sup . Tapi sekali bila makan , rasanya macam Taufu Fa tu . Manis dan sedap jugakkkk . Tapi sebab dah kenyang makan sushi dengan mee sup tadi , tak habis pun makan yang nie . Hihi ..



Lepas makan , Linda bawak kami jenjalan sampai ke sungai nie . Dekat je dari Restoran makan tadi .



Selpie jelah yang ana tau :P Sebagai simpanan di hari mendatang :)



Lepas dari tempat tadi tu , kami naik bas semula , lalu bergerak ke Otaru Canal . Linda kata , ada 1 kedai nie , kasik secawan kopi percuma dan cawannya boleh amik bawak balik :)

Tudia aihhhh , udoh ler kopi nya kasik percuma , boleh basuh cawan nie bawak balik pulak tu ! Perghhh !!! Rejeki rejeki .

Yang sebelah kopi tu , coklat . Free jugak . Tapi , ana x makan masa tu . Dah balik Malaysia baru makan . Sedapppp !!! Rasa nak nangis makan . Sebab sedapppp :)


Kasik up lah sikit , gambau manager dengan wife nya . Hihi :D




Lepas je minum kopi percuma tu , kami ke Sakaimachi Street . Ada satu bangunan jam nie . Dan di dalam nya pulak , ada kedai yang menjual pelbagaiiiiii kotak muzik .

Kalau kome sejenis yang layan kotak muzik , boleh ler acah acah macam cite My Girl , yang ada koleksi kotak muzik nie .

Macam macam pattern weiii ! Mahal pulak tu ! Idok ler ana nak membelinya pun . Amik gambau jelah sudehhhhh :P




Yang nie , pelekat magnet peti ais tu . Mula mula dok fikir fikir , nak beli ke tak . Sekali , tak beli pun . Bhahahahahah :D Fikir je , pehtu menyesal tak beli :P



Tengok !!! 3672 yen kau ! Tukar duit Malaysia , dalam RM140 macam tu . Alamak tuannnn . Memang tak ler nak beli . Hahaha :D




Face mask bentuk muka doraemon dan hello kitty . Bhahaha :D Boleh bayangkan kembangnya macam mana face mask nie , kalau bentuk doraemon ? Hahaha . Nak bukak tengok , x boleh . So , pakat amik gambar jelah . Bukti pernah jumpa , walau x beli :P



Taraaaaaaaaaa !! Akhirnya , ana dapat membuktikan pintu sukati Doraemon nie , memang wujud . Cumanya , ia tak boleh sesuka hati membawa anda ke tempat yang diingini lah ye . Anda kekal berada di tempat yang sama . Sedeyyyy :P



Banyak betul barangan Doraemon dan Hello Kitty kat sini . Kome kalau memang fanatik dengan kartun nie , kompom gila . Gila merempan , nak beli semua . Hahahaa :D

Okaylah , macam penat pulak menaip dari tadi , tak habis habis . So , ana stop sini dulu lah ye .... Nanti ana sambung lain pulak . Penat lah weiii ! Dah pukul 4 pagi nie . Aduhhhh .....