Monday 29 February 2016

. Masjid Putra .

Jumaat kelmarin sehingga Sabtu , ana berprogram bersama anak - anak yatim dari Terengganu .
Disebabkan hari Jumaat dah pun bermulanya program , jadi , tak sampai tengahari ana di pejabat ,
Ana sudah ''diangkut'' oleh Ustaz @ Big Bos ke tempat program .

Bila sampai di sana ,
Peserta masih belum sampai dek kerana tersekat di dalam kesesakkan lalulintas .
Jadi , untuk menghilangkan kebosanan yang melanda sementara menunggu mereka ,
Ayuhlah kita melayan perasaan dulu di sekitar Masjid Putra nie .
Cantik dan pemandangan yang sangat indah .
Pakkal ana sorang . Kalau ada sahabat lain , mau banyak juga gambar ana amik sat g . Hehe .



Cantik kan pemandangannya ? Setenang hati yang memandang :)

Hampir nak masuk maghrib macam tu , baru adik - adik nie sampai . 
Tengok muka pun dah tahu betapa mereka nie penat . 
Jadi , program malam tu , xdelah berat mana . Hanya sesi pengenalan dan sedikit mukadimah dari kami . 

Mula - mula , adik - adik nie nampak malu - malu . 
Al - maklumlah , ''X kenal , maka tak cinta'' . 
Jadi , kita kena kasi kenal dulu lah . Lepas dah kenal , baru nanti bercinta . Eh ? 
Hahaha :D


Ini buktinya ! Kan ana dah kata , ''X kenal , maka tak cinta''

Nie masa nak balik dah . Ekceli , sepatutnya memang tak berjumpa dah . 
Sebab masing - masing dah makan bersama dan bersalam cium bagai tadi . 
Tapi , sebab masing - masing solat dulu , jadi , akhirnya kami berjumpa buat kesekian kalinya . 
Masa solat , ana tak nampak pun deme nie . Tak tahu lah deme solat celah mana . 
Tapi , bila ana keluar dari masjid , salah seorang sahabat kata kat ana , 
Adik - adik nie cari ana . Huhuhu . Dahsat juga penangan ''cinta'' ana nie . 
Sampai ke sudah deme mencari :p

Yang tengah tu Balqis . Masa mula - mula ana sampai dan nampak dia , 
Hati ana berbisik , ''Macam muka adik sahabat . Macam boleh masuk je''
Kan ana pernah kata dulu , ''Lintasan hati tu , umpama doa'' . Siapa sangka , kami tertarik di antara satu sama lain . 
Sungguh , sayang betul dia kat ana . 
Masa kami buat aktiviti riadah + bersiar - siar di sekitar Masjid Putrajaya , 
Dia pegang tangan ana erat betul .
Part ana paling tak lupa bila dia dongak dan kata '' I love U '' . 
Ouch , sweetnya . Ana nie dah lah tak pandai ekpresikan perasaan ana . 
Lama jugak ana terdiam . Kompius kejap nak respon macam mana . 

Akhirnya , beberapa minit kemudian , 
Baru ana balas , '' I love U Too '' . Tu pun ana rasa macam kaku . 
Hahaha :D 
Kesian orang yang sayang ana . Sebab ana tak pandai ekpresikan kasih sayang dan perasaan ana . 
Keras lah kome tunggu respon ana . Hahaha :D

Tapi , Balqis nie ada kisah menarik di sebaliknya . 
Sama juga dengan adik yang sebelah tu . 
Allah . Lupa pulak namanya . 
Ini lagi satu kelemahan ana . Ana susah nak ingat nama seseorang . 
Melainkan , orang tersebut adalah insan yang sangat penting dan yang ana dah biasa berhubungan . 

Masa slot ''Impossible to Success'' , 
Sahabat yang jadi motivator masa tu , cabar adik - adik nie untuk bangun dan ke hadapan jika deme rasa deme di antara orang - orang yang boleh berjaya . 
Jadi , Balqis dan adik yang sorang nie di antara yang bangun . 
Once deme dah bangun , deme kena soal lah dengan sahabat ana . 
'' Kenapa nak berjaya ? Kenapa ? Mesti ada sebab ''

Lalu , Balqis nie bercerita  . 
Tapi , ceritanya tak jelas . Sebab air mata dan tangisan lagi laju dari penceritaan . 


Bila ana tengok dia nangis , ana yang nak amik gambau dia pun menangis . 
Sedih . Air mata yang mengalir tu , nampak sangat pilu dan sakit . 
Kesian sangat . Rasa dia menyimpan duka yang paling dalam . 

Allah . Allah . Allah . 

Ayahnya sudah meninggal dunia . 
Dia tak sempat jumpa ayahnya , sebab masa tu dia kecik lagi . 
Dia kata , dia nak berjaya sebab nak ubatkan ibunya yang menghidap penyakit jantung . 

Allah . Allah . Allah . 

Kalau adik yang sebelah dia tu pulak . 
Dia nak berjaya sebab nak ubatkan adiknya yang dah lama bernafas melalui mulut . 

Sedih . 
Banyak sangat kisah deme nie yang menyayat hati . 
Sebab ana tak sanggup nak dengar semua , slot belum habis lagi , ana dah lari . Huhu . 
Sungguh , jiwa yang sado pun , boleh jadi leleh tengok dan dengar tangisan deme nie . 
Ana pulak yang kompius . Sape yang motivasi sape nie .

Tapi , pengalaman berprogram dengan deme , 
Adalah sesuatu yang tak boleh dilupakan . 
Ana belajar banyak perkara . 
Ana dapat belajar juga satu dua words dari Ganu . 
Gelak - gelak ana dengar deme cakap . 
Kadang tu , stress deme bila ana minta deme ulang apa yang deme cakap . 
Hahaha . Ate , orang perak jumpa orang ganu . 
Memang macam ayam dan itik nyembanglah cite dia . Kihkih :P


Lupa pulak , masa program hari tu , ada salah sorang adik nie datang melawat ana di sini . 
Pergh . best kot ! Sebab apa ? 


Nie lah sebab dia ! hahaha ! Hah , amik kau !
Tolong lah layan si deme nie makan k . Ana nak g makan dulu . Hahaha :D

Xdelah . Ekceli , bila dia datang , 
Ada lah ''berbunyi'' sikit ana . Sempat lagi tu kami g lepak sekitar Putrajaya . 
Sampai pukul 1pagi . Hah , amik ! Lama tak jumpa , nie ler padahnya . 
Macam - macam kami gosipkan . Hoho . 


Gambar nie , ana bersama dengan Ustazah @ Warden yang menjaga adik - adik nie . 
Yang bestnya , ana dapat cenderahati dari deme sebelum balik . Yeayyy ! Dapat kopok ganu kome !
Perghhhh ! Best walaupun bukan ana makan sangat . Hahaha :D
Xde hal . Janji dapat sesuatu dari deme :) ALHAMDULILLAH :)

Best betul program dengan deme nie . 
InsyaAllah , tak sabar nak tunggu program lain pulak . 

Dan yang lagi best bila adik - adik nie bisik kat ana , 
'' Ustazah jangan lupa tau ! ''
'' Err , lupa apa dik ? ''
'' Jangan lupa datang Dungun . Jumpa kami ''
'' Dungun ? Allah . InsyaAllah ''


                                                        Cari ana kalau pandai . Hahaha :D


Sekian ~~


Wednesday 24 February 2016

. Tasik Cermin .

Bulan 1 tahun lalu , ana plan bersama salah seorang adik merangkap sahabat serumah sewa ,
Nak buat satu gathering bersama alumni PUO .
Disebabkan gathering itu di dalam perangkaan bukan biasa - biasa ,
Jadi , kami bercadang untuk mencetuskan sesuatu yang bukan di luar kebiasaanya .
Hah gitu .

Lalu , kami pun mengigihkan diri mencari tempat - tempat yang menarik di sekitar Ipoh .
Akhirnya , kami menemukan sesuatu yang tak pernah lagi kami tahu .
'' Tasik Cermin '' kome !
Pergh , seriously macam tak percaya ada tempat macam tu .
Sejujurnya , hampir lebih 6 tahun ana belajar di Ipoh ,
Tapi , tak pernah tahu akan tempat tu .

Jadi , kami pun buat research dengan jayanya .
Sehabis baik kami cuba mendapatkan rangka perjalanan untuk ke sana .
Setelah berjaya menemukan beberapa maklumat yang kebanyakkannya kami dapat dari blog ,
Lalu ...........................................


ALHAMDULILAH ! Sampai pun kami di sini :)

Nampak tak gua tu ?
Gua tu , adalah pintu masuk sebelum menghala ke Tasik Cermin .

Okay , begini ceritanya kalau kome nak ke sini .
Kome tau tak Kedai Makan Limau Bali @ Jalan nak ke Botani ..?
Sebelum simpang ke Botani , kome akan jumpa ISUZU @ ACM nie di sebelah kiri .

   ( gambar dari blog lain . Ana tak sempat nak amik gambar kat depan nie dek kerana excited nak masuk dalam . Hahaha )


Ini lah mukadimah kepada laluannya . Kome kena masuk yang tang lorong tu .
Di sepanjang lorong tu , kome akan temui signboard ke Kuil .
Teruskan perjalanan tapi AWAS ! Tasik Cermin nie sebelum kuil tu okay !

Bila kome dah melalui jalan nie ,
Land mark dia bila kome nak dekat sampai dengan Tasik Cermin nie ,
Kome akan jumpa menatang nie .

         ( gambar dari blog lain juga . Hahaha )

Rare tak rare ? Hahaha :D
Kami pergi naik motor tau ! Blogger lain banyak cadangkan naik kenderaan 4x4 .
Tapi , kami naik motor je kome ! Skuter pulak tu . Sikit punya kecik tayar , ana g kasi balun lalu jalan berbatu macam nie . Hahaha :D

Masa kami dah sampai area nie ,
Kami masing - masing macam dah goyang jugak lah kan .
Bior bebenor ada Tasik Cermin dekat area tempat macam nie .
Tapi , sebab masa kami do research , kami memang ada jumpa gambau - gambau cenginie ,
So , kami layankan aje .

Cumanya , masa kami sampai sini , deme tengah dok berkuari . Hahaha :D
Ramai nau mamat bangla kat situ . Seram lah jugak . Hoho .
Yang lagi menambahkan keseraman , bila kami nampak ada beberapa ekor anjing .
Aduyyaaaiii .

Tapi , syukur ALHAMDULILLAH .
Akhirnya , kami jumpa juga pintu gua tersebut .
Excited betul kami . Macam jumpa harta karun . Hahaha :D

Masa kami jumpa pintu gua tu , ada sepasang pasangan Cina pun nak masuk ke situ .
Sedikit lega . Baru nampak macam ada juga yang datang situ .
Ingatkan betul - betul tempat jin aprit bertendang .
Dan ana ingatkan , kami di antara golongan manusia yang berkawan dengan jin . Hahaha :D

Bila dah jumpa pintu gua tu ,
Tiba - tiba macam drama ler pulak .
Gerimis mulai turun . Jadi , kami kena segera bertindak lah . Hoho :P
Cover siap - siap helmet yang kami gantung kat motor supaya tak bertakung kejap lagi .
Kang , ada cite dia jadi akuarium tak rasmi . Hahaha :D

   ( gambar dari blog lain juga . Hahaha )

Inilah guanya . Panjang dalam 50meter . Gelap tau !
Tapi , disebabkan kami ada standby torchlight , so , keyakinan untuk masuk ke dalam nie ,
Agak yakin lah . Hehe :D
Cumanya , sebab kami hanya menyuluh di depan , kami tak tahu apa yang berlaku di bawah .
Entah apa kami pijak dan langgar . Hahaha :D


Akhirnya !!!!!!!!!!!! This is Tasik Cermin okay !

Ana dah rasa macam Puteri Tasik Cermin pulak :P
Ate , termasuk tema one set warna ijo . Hahaha :D


Lepas kome melepasi gua tadi tu ,
Kome akan jumpa macam satu jetty .
Idok besau mana . Cenonet je . Boleh lah kalau kome berhajat nak selpie barang sekeping dua .

Masa kami sampai sini ,
Tempat nie penuh berguguran dengan daun daun kering .
Macam dah kurang penjagaan .
Tak secantik masa kami tengok dalam blog .
Tapi , if kome nak juga datang sini , datang jelah .
Paling tidak , bila orang tanya pernah pergi Tasik Cermin tak ?
Idok ler nampak ja alif kun sangat kan ? Kihkih :D

Tapi , maklumat untuk kome yang tak tahu pasal Tasik Cermin nie ,
Sebenarnya ikut sejarah dari Tasik Cermin nie ,
Pintu pada gua nie tadi , ditemui dan digali sendiri oleh pekerja kuari kat sini .
Deme pun tak sangka ada tasik secantik nie .
Once deme dah gali , deme berbudi lah sikit siapkan jetty tu sekali . Hoho .

Kalau dari salah satu blog yang ana baca pulak ,
Ada seseorang yang belajar pasal Geologi nie ,
Dia kata , sebenarnya tempat nie bukan tak mahu dibangunkan sebagai pusat @ tempat reakreasi .
Tapi , disebabkan faktor - faktor keselamatan .
Tasik Cermin nie sebenarnya bekas kawasan batu kapur yang berbumbung ( macam gua lah ) .
Tapi , gua nie runtuh lalu membentuk lah dolines .
Runtuhan tu pula terjadi akibat tindak balas graviti , ground water bersama air hujan .
Kawasan kuari nie jugak berisiko tinggi terjadinya runtuhan batu kapur yang kita tak boleh jangka bila jadinya .
Huhu . Seram tak ?

Sekian ~~

Sunday 21 February 2016

. Rotan vs Gadget .

Hari tu , ada seorang adik minta ana bagi pendapat tentang satu isu ,
'' Rotan vs Gadget '' .
Pergh , sekali pendapat yang dia minta dari ana , bukan calang - calang tu .
Kalau x kena gaya , dengan ana sekali kena kecam . #JanganKecamAna . Hehe :p

So , setelah beberapa penelitian dan pembacaan ana buat ,
Ana konklusikannya di sini .

Tapi , ada baiknya kalau ana pergi pada satu - satu penelitian .
Baru best ! Kan ? :)


Rotan . Siapa tak kenal rotan ?
Tipu lah kalau yang tak kenal . Lagi - lagi yang lahir pada tahun 70-90an bahkan sebelum dari tahun itu pun , pasti tahu apa itu rotan .

Siapa yang suka kena rotan ?
Of coz tiada siapa yang mahu okay . Tiada . Orang gila pun lari kalau kita bantai dia dengan rotan .
Tapi , kenapa kita perlukan rotan untuk mendidik ? Kenapa tidak dengan cara lain ?

Teringat ana pada satu dialog dari filem Anakku Sazali , karya Almarhum Tan Sri P.Ramlee ,
'' Kalaulah 10 tahun dulu bapak pukul Sazali , tentu sekarang Sazali tidak jadi begini .. tetapi sekarang sudah terlambat . Sudah terlambat bapak ''

Ce fikir apa yang Almarhum Tan Sri P.Ramlee cuba nak sampaikan dalam filem nie ?

Bukankah di situ bermaksud , pendidikan seorang anak perlu bersama dengan merotan .
Tapi , bukan sewenang gitu je di bantainya seorang anak .

Tahun lalu , heboh Malaysia bila ada sepasang suami isteri yang tinggal di Sweeden ( Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norsal ) , didakwa oleh anaknya sendiri , kerana disabitkan dengan kesalahan merotan .

Istighfar panjang ana membaca dan mendengar dakwaan tersebut .

Benarkah menjadi kesalahan seorang ibubapa merotan si anak ?
Seandainya salah , justeru selepas ini , kita akan saksikan lebih ramai lagi ibubapa yang akan menjadi banduan .

Allah . Ibubapa banduan ?

Gila . Seriously gila kome !

Sedangkan Allah telah menyuruh setiap anak berbuat ihsan terhadap ibubapa mereka dan bukan sebaliknya membuat dakwaan sebegitu .

Tak sangka kan , kita sedang menuju negara 2020 , tetapi negara kita masih dijajah oleh undang - undang yang sama sekali tidak menepati keperluan masyarakat , baik dalam konteks budaya mahupun agama .

Islam adalah agama pendidikan . Islam adalah agama nasihat .

Di dalam salah satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda :-
'' Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat di lihat oleh ahli keluarga , sesungguhnya itu boleh mendidik mereka ''

Dan dalam hadis yang lain , Rasulullah S.A.W mengingatkan kepada ibubapa supaya menyuruh anak - anak bersolat sedari umur 7 tahun . Dan rotanlah mereka jika masih tidak bersolat setelah berusia 10 tahun .

Masha Allah . Ce tengok kat situ , berapa tahun Islam ''membebaskan'' si anak dengan nasihat ?
Hanya setelah 3 tahun , jika nasihat itu umpama mencurah ke daun keladi ,
Barulah ibubapa ini dibenarkan untuk merotan anak - anak mereka .
Itupun , masih dalam batasan yang telah digariskan .

Di dalam kitab Tarbiah al - Aulad fi al-Islam , karangan Abdullah Naseh Ulwan , beliau telah mengariskan beberapa perkara . Antaranya :-

1) Tidak merotan anak - anak semasa ibubapa dalam keadaan terlalu marah kerana dikhuatiri akan mencederakan si anak .
2) Tindakan merotan buat pertama kali pada si anak , mestilah dalam keadaan perlahan .
3) Merotan hanya dibenarkan sebanyak 3 kali ataupun tidak boleh lebih dari 10 kali kerana dalam satu hadis Rasulullah S.A.W , ada mengatakan '' Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah '' .
4) Tidak merotan anak - anak yang belum sampai usia 10 tahun .
5) Ibubapa / penjaga sendiri yang kena merotan si anak dan bukannya mewakilkan pada si abang mahupun si kakak .
6) Apabila si anak meminta dengan lisan agar jangan dirotan buat pertama kali dirinya , ibubapa hendaklah memberi peluang kepada mereka untuk insaf dan berubah .

Lihat ? Betapa Islam itu agama pendidikan dan nasihat .

Itu belum lagi lihat berapa ramai insan yang di luar sana yang sudah berjaya ''dimanusiakan'' oleh ibubapa hanya penangan rotan .
Banyak tokoh - tokoh besar sekarang ini juga pernah merasa betapa ''manisnya kenangan di rotan'' .




Gadget .
Siapa lah yang tiada gadget pada zaman kini .
Rata - rata hampir semua punyai walaupun cuma satu .
Bagus kah ? Terpulang sejauh mana kita mengguna pakai di dalam kehidupan seharian .
Banyak teknologi sekarang nie , bukan tak bagus untuk diaplikasikan .
Cuma , kita yang seringkali tersilap dalam menggunakannya .

Boleh ke anak - anak ini didedahkan dengan teknologi dan gadget sebegini ?
Kita dulu , mana ada kome menatang nie .

Gadjet nie sebenarnya ,
Ada pro dan kontranya .
Tapi , tak perlu cemas bila anak suka bermain gadget .
Apa yang penting , sebagai seorang ibu @ bapa ,
Kome yang penting dalam menyusun aturan untuk si anak bermain .

Mengikut pemerhatian dari Jovita Maria Ferliana , M.Psi , Psikologi dari RS Royal Taruma ,
Untuk anak yang bawah dari usia 5 tahun , seeloknya perkenalkanlah gadget kepada mereka hanya untuk pengenalan warna , bentuk dan suara .

Ini kerana , otak anak yang berusia di bawah 5 tahun , mereka masih dalam taraf perkembangan .
Perkembangan anak akan lebih optimal jika anak ini diberi ransangan secara langsung seperti meraba sesuatu benda , mendengar suara , berinteraksi dengan orang dan pelbagai lagi .


                                            ( gambar sekadar hiasan : Anak Che Ta )



Macam nie . Kan bagus ? Bawak ana ke pantai . Bagi deme pegang dan rasa pasir nie macam mana dan sebagainya .
Sebabnya , if deme nie dah sentiasa didedahkan dengan gadget , fokus deme nanti akan tertumpu hanya pada gadget dan deme mula akan kurang berinteraksi dengan dunia luar .

Untuk sedikit perkongsian bersama , otak kita terbahagi kepada dua bahagian .

Pertama , otak bahagian depan .
Bahagian depan nie , berfungsi untuk memberi perintah dan mengerakkan anggota tubuh badan yang lain .

Manakala untuk bahagian kedua , yakni otak bahagian belakang , berfungsi sebagai penggerak ( di dalam bahahgian belakang nie , ada hormon endorfin yang mengatur pusat kesenangan dan kenyamanan ) .

Oleh itu , kalau ibubapa terus - terusan memberi gadget ini pada anak - anak tanpa pantauan yang sepatutnya , 
Anak ini kemudiannya akan menjadi seorang yang lebih senang dengan gadget dek kerana pola pemikirannya sedari awal telah diprogramkan sebegitu ( fokus hanya pada gadjet ) .

Tetapi , sebaliknya jika anak sudah berusia 6 tahun dan ke atas ,
Ibubapa boleh menambahkan jam dan masa pengunaan bagi anak - anak menggunakan gadjet .

Untuk anak - anak yang meningkat remaja pula ,
Tiada masalah untuk memberikan mereka menggunakan kemudahan gadget ini .
Ini kerana , pada zaman sekarang , anak - anak remaja sudah di minta oleh cikgu - cikgu / para pensyarah untuk mencari maklumat tentang pelbagai hal dan perkara yang memerlukan mereka memiliki sebiji gadget sebagai pemudah cara .

Cuma , sebagai seorang ibu @ bapa , anda perlulah sentiasa mengawasi dan memantau perkembangan anak - anak yang menggunakan gadget ini dari masa ke semasa di samping perlu juga meletakkan prioriti dalam pengunaan gadjet .

Selain itu , ibubapa perlu menegaskan dan menetapkan pada masa sekian sekian dibenarkan menggunakan gadjet dan pada masa sekian sekian pula , tidak dibenarkan untuk menggunakan gadget seperti ketika makan , ketika bersama keluarga , ketika mahu tidur dan sebagainya .

Sekian ~~

. Mulut .

Semalam , ana bersama sahabat yang lain ( lebih muda dari ana , dalam beberapa tahun ) , bercadang untuk pergi ke program GALA - Aspirasi Seni .

Sepatutnya , kami kena menjadi salah seorang AJK di program tersebut .
Tapi , disebabkan beberapa kekeliruan yang terjadi ,
Ujung - ujungnya , kami tak jadi pun AJK dan hanya datang sebagai pengunjung .

Jadi , bila je sampai pagi tu ,
Banyak benda yang baru nak set up .
Banyak booth yang baru start buka . Dalam dewan pun , xde pape lagi .
Dijangkakan , meriahnya waktu malam nanti .

So , oleh kerana kami dah berkumpul di situ awal - awal dan benda pun macam xde apa lagi ,
Ayuh lah kita bawak diri . Lalu , kami pun bercadang pergi ke Eco Majestic World .
Tempat yang baru - baru ini sibuk diviralkan di FB .

Tarrraaaa ! Cantik kan ?
Banyak lagi gambar yang kami amik kat sini .
Dan banyak lagi ceritanya .
Tapi , xde mood sebab satu insiden .
Next time lah ana update pasal jenjalan di Eco Majestic World nie .
Huhu .



Okay , bila dah puas kami berjalan dan melakukan program selingan lain ,
Kami pun kembali ke program GALA Aspirasi Seni .

Back to the topic .
Masa kami nak balik tu ,
Kami singgah salah satu booth yang jual produk barangan organik .
Dari penjagaan diri ke penjagaan isi rumah dan segala mak nenek .

Masa singgah dekat booth tu ,
Ada seorang akak nie , tetiba cakap macam nie dengan ana ,
'' Yang nie anak ke ? '' ( Sambil dia tunjuk pada seorang sahabat yang berada bersebelahan ana - kecil sikit dari ana )

Oh my !
Anak weiiii ..?
Kalau dia tanya yang nie adik ke ?
InsyaAllah , ana boleh consider lagi . Nie tak , dia tanya yang sebelah nie anak ke ?
Pergh soalan . Sentap kot ! Seriuosly sentap .
Tambah bila dia tanya ana macam tu ,
Ada salah seorang sahabat pula kata macam nie ,
'' Pergh . Anak tu . Kak Senah nampak sangat Kak Senah tua ''

Allah . Allah . Allah .
Hati , mohon kekal kuat dan tabah .
Walau dalam hati masa tu , hanya Allah yang tahu .

Bila ana mula buat reaksi pada muka ( tak dapat terima lah , sebab kata member tu anak ) ,
Kakak yang tanya tadi macam tu , mula cover .
'' Eh tak . Bukan macam tu . Sebab nampak tinggi kot ''

Tinggi ?
Oh , kalau nampak tinggi ,
Yang rendah sebelah ana nie , anak lah ea ?
Err , so clever . Macam tu je dia simpulkan .
Tak beragak kot !

Ana mengaku . Ana memang tinggi .
Tambah lagi hari tu ana pakai sandal yang ada tumit ( sebab itu je yang ada ) .
Lagilah menampakkan ana tinggi .
Tapi , beragak lah sikit mulut tu .

Kita nie , memang macam nie kan ?
Kadang tu , senang je kita kata @ soal orang macam - macam .
Dan apa yang kita kata @ soal tu , kita tak perasan , yang sebenarnya telah menyebabkan orang kecik hati dengan kita .
Dan buat orang yang kecik hati tu , berfikir sepanjang hari dengan kata - kata yang menyakitkan hati itu .
Buat spoil mood okay ! Seriously .

Dulu , masa kecik , ana tak begitu tinggi .
Kalau tengok , mesti bila ana besar nanti , ana dikalangan insan yang pendek @ rendah .
Sampai ibu selalu kata macam nie , '' Kau nie , mesti ikut belah ayah . Pendek bila dah besar nanti ''
Masa ibu cakap macam tu , ana memang tak amik port pun .
Dalam hati ana , alah pe de hal kalau pendek pun . Sebab perempuan , okay je .
Lainlah lelaki kalau pendek . Tapi , if lelaki pendek pun , apa masalahnya ?
Dah itu yang telah Allah takdirkan untuk dirinya .

Mungkin lah kan , kata - kata ibu tu kan doa .
Atau sememangnya ana lebih mengikut baka sebelah ibu ( kebanyakkannya tinggi dan besar ) ,
Maka , ana pun semakin tinggi . Sehinggalah sekarang .
Mungkin masa sekolah dulu , tumbesaran tu masih belum nampak .
Serasa ana , ana masuk tingkatan 4 , baru nampak ana tinggi .
Dan bila ibu tengok ana dah besar nie , ibu sendiri mengakui ana ikut baka sebelah ibu .
Ana tak pendek @ rendah macam sebelah ayah pun .
Malah , dalam kalangan adik beradik perempuan , ana lagi tinggi .
Hingga kalau keluar dengan kakak - kakak ana , orang ingat ana kakak .

Ana sebolehnya cuba ignore je orang yang kata macam - macam nie ,

'' Muka macam mak orang ''
'' Tingginya . Ingatkan kakak ''
'' Matured gila muka ''
'' Panggil ana puan even ana masih title Cik ''

Tapi , ana pun ada hati juga .
Ana pun ada perasaan .
Mana tahan kome , bila asyik kena dengan kata - kata macam tu .
Kadang tu , sampai ana rasa , biar lah Allah balas balik sakit hati ana nie kat orang - orang macam nie .
Selamba dadah je keluarkan ayat - ayat @ persoalan yang boleh buat orang kecik hati .
Ce kalau deme ada kat tempat ana .
Apa yang deme rasa ?

Dan bila ana dapat kata - kata @ soalan macam tu ,
Ana cuba pujuk hati .
Ana cuba positifkan diri balik .
Okay what ana lahir tinggi . Orang luar negara semua tinggi - tinggi dan besar - besar kot .
Keturunan Nabi juga tinggi dan besar .
Dan kalau dulu , kakak ana selalu kata ana layak jadi model , boleh jadi pramugari dan banyak pekerjaan yang ana boleh buat sebab ana tinggi .
Dan yang lagi best tu , bila ana beli baju apa je , especially jubah @ blouse , ana x perlu nak otter okay ! Ana bebas jadi diri ana . Ana boleh pakai terus je . Ngam ngam soi gitu .

Cuma ingatan ana kepada yang membaca coretan nie ,
Siapa pun kita , kita nak cakap apa pun ,
Kena stop dan fikir dulu , betul ke apa yang aku katakan nanti ?

Kindly reminder ,
'' Berkatalah baik atau diam ''

Sekian ~~




'' Cuba letak kaki kau , dalam kasut aku . Cuba kau rasa sendatnya . Dan rasai betapa ketatnya kasut aku . Dengan kasut itu , cuba pula kau berjalan . Rasakan kerikil di tapak kasut aku . Betapa kaca bersepai yang menjamah aku . Dalam kasut aku , kau juga akan lihat dunia dari mata aku . Dan dalam kasut aku , baru kau tahu kenapa AKU MENJADI AKU ''











Wednesday 17 February 2016

. Jaga-jaga ada yang Memerhati .

Rehat tengahari tadi , salah seorang kawan baru ana kat tempat kerja nie , kongsikan sesuatu .
Pasal seseorang . Hahaha :D

Kelakar okay !

Tapi dalam masa yang sama , buat ana berfikir sesuatu .
Kita nie , pergi lah mana pun atau buat lah apa je.. Ada je yang dok perhati sebenarnya tu .
Tinggal lagi , deme yang tengok / tahu nie , nak tegur atau biarkan .

Pergh ! Dalam tak sedar , kita sebenarnya ada stalker kome ! Ada !

Kawan ana nie bagitau ,
Mejanya berhadapan dengan mamat tu ( ana namakan dia Mr.R lah k , senang nak cite ) . Hehe :P

Mr.R nie ,
Sangat bagus okay !
Tak sama macam mamat - mamat office yang lain .
Very sensitif . Sensitif dengan keadaan dirinya , barangannya dan persekitarannya .

Okay , Kita pergi pada satu - satu point .
Point yang pertama , waktu Mr.R datang dan balik dari kerja .

Dia nie , orang lain masuk kerja pukul 8.30pagi .
Tapi dia masuk pukul 9pagi every day ( rasanya bos dah tau . Sebab tu dia wat lek wat peace je ) .
Yang bagusnya , walaupun dia datang lewat every day , dia juga akan balik setengah jam lewat dari orang lain .
Takpun lebih lagi dari setengah jam .
Dan yang kelakarnya , ada juga member - member lain yang masuk lewat office tapi once 5.30petang , deme akan cabut .
Bila dia tengok member - member macam tu , pergh ! selamba dadah dia je sound . Boleh ?
Hahaha :D

Cerita bab lewat pergi or balik kerja nie ,
Buat ana teringat pada salah satu coretan blog dari Kak D .
Ada salah seorang staff tempat dia kerja , masa mula - mula minta kerja kat situ ,
Siap kata macam nie lagi masa interview ,
'' Kalau saya diterima kerja kat sini , saya nak minta masa dalam 15-20minit setiap hari , untuk saya tunaikan solat Asar kat sini . Dan masa yang saya guna untuk solat tu , saya akan ganti balik masa jam balik nanti . Saya akan balik lewat dari masa yang sepatutnya ''

Masha Allah .
Bagus kan ? Ce kalau kita ?
Mana mau nya nak buat macam tu .
Nak cabut lagi awal , ada ler . Wakaka :D

Okay , point kedua tentang Mr.R nie ,
Meja dia . Meja dia kemas okay !

Mr.R nie jenis yang ''pemakan'' .
Means , setiap pagi dia akan naik atas ( sebab meja dia kat bawah ) untuk amik air .
So , dekat mejanya dah macam Warung kome !
Bersusun cantik dalam balang minuman paket Milo , Nescafe and so on .
Kome nak apa ? Just pick one ! Tu pun kalau dia bagi lah . Hahaha :D

Selain balang yang penuh dengan paket Milo dan Nescafe tu ,
Dekat atas meja dia juga , penuh dengan koleksi pembuka tin dan tin - tin Coca Cola yang keluaran Ekslusif ( bukan tin kosong . Masih belum bukak . Sayang nak minum katanya )
Pergh ! Kreatif jugak ea , Mr.R nie . Hahaha :D
Ce kome intai meja mamat office kome yang lain .
1/10 kot kalau nak nampak macam tu . Hahaha :D

Point ketiga ,
Jangan berani - berani amik barang dia without his permission .
Elok - elok kome makan nasi guna tangan , ada yang guna kaki pulak kejap lagi .
Hahaha :D
Bukan kedekut . Just secure . Hahaha :D Pun boleh .

Hehe . Aneh kan ?
Selalunya perempuan je yang bersikap macam di atas .
Lagi - lagi masa zaman sekolah .
Kita akan cakap macam nie ,
'' Berani amik lah . Masuk neraka nanti , aku x tahu '' .

Point keempat ,
Sangat kemas dan teliti okay !
Kawan ana cakap , setiap hari baju dia dalam keadaan cantik berseterika .
Kira nampak line ketegasan gitu . Pergh ! Hahaha :D
Yang lagi tak menahan , rambut dia mantain kemas okay walaupun bekerinting . Hehe .
Tiada pulak nampak selai dua rambutnya yang terkeluar dari kawasan . Hahaha :D

Hebat . Hebat .
Bagus betul lahai Mr.R nie .
Teringat pulak video motivasi Dato'Fadzilah Kamsah yang ana tengok .
Katanya , daya tarikan yang paling perempuan berkenan dulu pada seorang lelaki adalah KEMAS okay !
Kome kalau muka macam pecah rumah sekalipun ,
Tapi , kalau sentiasa dalam keadaan KEMAS dan BERSIH , memang menangis perempuan tengok kome .
Tu belum lagi kalau datang dengan pakej muka jambu - jambu . Hahaha :D

Fikir - fikirkan dan selamat beramal :)

Sekian ~~



Sunday 14 February 2016

. al-kisah merendek sakan .

13 Februari 2016 .

Sabtu yang lepas , ana tak balik Manjung .
Jadi , sabtu dan ahad adalah waktu - waktu ''kebebasan'' untuk ana memanjakan diri ,
Buat apa yang ana suka dan ''menyettlekan'' apa yang masih belum settle . Hoho .

Awal - awal pagi , ibu hantar whatsapp tanya perihal sekian sekian .
Eleh , ibu rindu ana lah tu sebenarnya . Saja buat alasan tanya dan maklumkan sekian sekian .
Wakaka :D Perasan gila ana nie . Hehe .
Jadi , alang - alang tengah whatsapp dengan ibu ,
Ana bagitahu langsung yang ana nak ''merendek'' hari nie , sebab ditimpa kebosanan yang sangat luar biasa . Bosan kot . Budak rumah pun , semerdang ghaib . Entah ke mana deme nie pergi .

Bila dah bagitahu ibu ,
Macam - macam ibu tanya .
Soalan paling comel , ''Tak penat ke ? Kan baru balik JB minggu lepas ?''
Hahaha :D Kelakar lah .
Berjalan yang minggu lepas ibu kaitkan dengan hari nie .
Sebenarnya , ibu tak puas hati tu , ana tak jumpa face to face dengan ibu lepas pergi JB .
Selalunya kalau pergi mana - mana , ana akan terus berkongsi cerita dengan ibu .
Biasa lah , ana kan pandai bercerita . Dan tak akan penat bercerita . Lagi - lagi dekat ibu .
Hahaha :D
Best kot kalau dapat kongsi cerita dengan ibu . Walaupun respon ibu , sangat lah biasa - biasa .
Takpe . Yang penting , puas bercerita . Hehe .

So , hari nie , merendek lah ana ke The Curve .
Orang kata , best lepak situ . Ana pun nak tengoklah jugak , apa yang bestnya . Hoho .
By the way , ini adalah cubaan pertama untuk merendek sorang - sorang dengan bas setelah sebulan berada di bumi perantauan ini . Chewaaaahhhhh :D

Dari rumah sewa , menapaklah ana ke tempat menunggu bas .
Bila sampai je kat bus stop nun ,
Ada seorang adik nie bagitau ana , bas baru je lalu 10minit tadi .
Allah . Nie cite dia memang lambat lah bas yang akan datang kejap lagi .

Seperti yang ana jangka , sejam terpacak menunggu ,
Baru lah bas sampai .
Membazir nya lahai sejam masa ana .
Nie kalau sejam tu buat balik Manjung , dah separuh perjalanan dah . Adoiii .




Akhirnya , TAAARRRRAAAAAA !
This is The Curve . Pooraaaahhhh :D hahaha :D

Tempat orang - orang kaya shopping , boleh lah .
Kalau macam ana nie , baik shopping kat pasar malam je . Hehe .

Tapi , alang - alang dah sampai ,
Ayuh , marilah ''berjogging'' kita di dalam nie .
Mana tahu , sambil ''jogging'' nanti , dapat tangkap apa yang patut .
Hahaha :D

Tadi , masa turun dari bas , ana nampak The Curve nie sebelah je dengan Ikea .
So , ana rasa lebih baik ana meneruskan langkahan menapak ke Ikea .
Boleh ler merasa Meatballs kat situ . Dengar cite , sedap .
Entah ya , entahkan tidak . Huhu .



Masuk je Ikea , omak aiii ! Ramainya umat !
Fully pack tu . Gigih ana menyelit nyelit menapak masuk . Gitu . Hehe .
Sekali bila dah sampai ke ruangan pameran barang jualan ,
Pergh ! Pergh ! Pergh !
Cantiknya lahai barangan yang deme jual .
Lagi jatuh hati bila tengok banyaknya warna putih dengan elemen moden kotemporari .



Cantik kan ..?
Ini jelah yang dapat ''tangkap'' .
Tangkap gambar . Kuikui . Nak beli , tak dapat lagi . Huhu .

Habis je ana ''tawaf'' kat Ikea nie ,
Perut mendendangkan lagu ''Keroncong untuk Ana'' .
Jadi , bersegeralah kita mengisinya . Hehe .

Ana nie , kalau pergi mana - mana ,
Tak sah kalau takde apa - apa yang jadi .
Mesti ada punya .
Kat Ikea nie pun , ada kisahnya . Hahaha :D

Punya lah ana semangat nak amik air coffee kat situ ,
Sampai melecur jari telunjuk ana , bila ana tekan button coffee tu ,
Dia non stop . Hah , rasakan . Habis menggelupur ana kat situ .
Pakkal xde orang kiri kanan ana . Hahaha . Malu kome !

Bila dah habis melantak solat bagai kat Ikea ,
Menapak semula ana ke ruangan pameran tadi .
Sebenarnya memang nak beli sesuatu kat situ .
Nak beli cermin .



Nah . Nie cerminnya . Berjaya juga ana dapatkan .
Cermin nie pun ada kisahnya . Tapi , nanti jelah ana cite . Hahaha :D

Ce bayang ana mengangkut cermin nie dari Ikea membawa ke eCurve .
Berat kome ! Gasak lah . Janji dah ada cermin . Hoho .

Lepas je dapat cermin nie ,
Menapak ana ke eCurve .



Hah . Sana tu lah eCurve .
Nie laluan nak ke eCurve . Masa dekat laluan nie , ana rasa macam Dejavu jap .
Macam pernah sampai . Tapi , tak ingat bila . Lagi - lagi part yang tengah tu .
Betul - betul macam rasa Dejavu . Huhu .

Malas nak fikir lama - lama ,
Ana terus turun bawah dekat booth yang ada tu .
Menarik . Salah satunya gerai nie .



Masa ana singgah booth nie ,
Ana rasa , ana paling ja alif kun kot .
Sampai penat Amoi tu nak melayan .
Hahaha :D Rasakan persoalan demi persoalan .

Ana teruja sebenarnya tengok set colouring tu .
Seriously , ana macam tak pernah jumpa sebelum nie .
Sebab dia bukan macam kertas A3 biasa . Dia macam kanvas , siap pakej dengan nombor - nombor ,
Yang kita kena warnakan dengan warna yang dia bagi .
Ikut hati , nak je ana beli satu . Tapi , satu set harganya RM79 .
Amoi tu kata , ini dah murah . Biasanya harga dia dalam RM100 ++ .
Err , maybe next time kot . Huhu .
Tak balik lah ana , kalau rembat satu benda alah tu kejap lagi . Kihkih :P

Sebelum singgah booth amoi nie ,
Ana ada singgah satu booth shawl , tudung bagai tu .
Pergh , best gila sembang dengan akak gerai tu .
Dah lah ramah gila , cantik pula tu . Muka flawless habis .
Yang lagi best , akak tu siap bagi mentos bagai masa sembang - sembang .
Bagus ! Bagus ! Orang - orang macam nie lah yang perlu hidup kat muka bumi .
Baru lah pelanggan rasa seronok singgah .
Mesra pelanggan . Hehe .

Dah puas ana merendek kat booth - booth yang ada tu ,
Ana meneruskan tawaf untuk masuk ke eCurve pula .

Cantik lah view sebelum masuk eCurve tu .
Kalau datang dengan sahabat , boleh tangkap gambar kat situ .
Tapi , sebab datang sorang , simpan jelah harapan tu .
Nak minta orang amikkan , tak beragak pula .
Ana kan pemalu . Hoho :P
Jadi penyudahannya , simpan jelah hasrat tu .
Ana ada nampak maskot yang cerita english baru keluar tu .
Allah , lupa lah nama apa . Macam ala - ala spiderman tu .
Elok je ada kat tepi ana . Ikut hati , nak je ana minta dia amikkan gambar ana .
Wakaka :D Mesti dia bengang gila kan ..?
Udoh ler tak nak amik gambar dia , minta dia amikkan gambar ana pula .
Hahaha :D

Bila dah masuk dalam eCurve tu , takde apa pun yang special .
Sakit tangan ada ler , mengangkut cermin nie tadi .
So , ana decide baik balik jelah .
Hari pun dah petang .

Bila nak keluar dari eCurve tu ,
Ana rasa macam ana keluar pintu yang salah .
Hahaha :D
Memang salah pun . Bila dah keluar tu , baru macam tercengang cengang seketika ,
Ana kat mana , ana kat mana .
Aduyyai , nak patah balik , macam malas .
So , dah alang - alang keluar dari pintu tu , teruskan jelah perjalanan sehingga menemui teksi .

Sekian ~~




Friday 12 February 2016

. Jahil IT .

Usai sahaja menunaikan solat Zohor , ana kembali ke meja kerja ana seperti biasa . 

Windows komputer dalam keadaan ''sleep'' . Itu biasa . Ana memang suka biorkan macam tu . 
Tapi , saat ana hendak masukkan password windows tersebut , 
Dia keluar ayat cenginie , 

'' Your account has been disabled . Please see your system administrator ''

Hah sudah . Serasa ana , dah betul dah password yang ana masukkan . 
Ate kepelik benor jadi ghoper itu . 
Jenuh juga ana masukkan semula password . 
Siap shutdown , restart , tutup plug bagai untuk try semula . 
Hampir cramp jari jemari . Hoho :P

Al-kisahnya , ghoper itu juga . 
Menyakitkan hati lagi ada . 

Sebab dah tak tahan sangat , dah rasa betul - betul tak tahu nak buat apa , 
Ana whatsapp salah seorang kawan yang praktikal di bawah . 

Ana nak minta tolong kawan - kawan kat area meja kerja ana , 
Semua xde . 
Ntah mana ghaib deme nie . 

Bila whatsapp dia nie , 
Lama gak tunggu dia reply . 

Sabar . Sabar . Sabar . 
Jumaat nie . Huhu . 

10minit kemudian , baru dia reply . 
Siap hantar mannual macam mana nak unlock kan password nie . 

Menjadi ke ..? 
Kompom kompom lah tidak . 
Ana kan jahil IT . Keberangkalian untuk menjadi itu ,
Sangat lah tipis . Hohoho :p

Last - last , ana text dia suruh naik atas je . Datang meja ana .
Bila dia datang nak tolong , 
Dia pun tolong lah belek , taip , usik bagai . 
Tapi  idok mau nyer . 
Bengang member . 
Fed up satu hal . 
Memikirkan kerjaan yang kat bawah masih tak siap lagi , satu hal . 

Ana pula yang jadi serba salah dekat dia . 
Allah . Menyusahkan ler pulak , minta dia naik atas bagai . 
Ana pun suruh jelah dia turun balik . Gi lah buat kerja nun .
Kang kalau tak siap , ana pulak yang kena back hand kang . 
Takut ana . Huhu . 

Tapi , bila dia dah turun , ana pula yang mati kutu . 
Ana nak buat apa nie .. ??!!!
Nak buat apa ooiii..??!!

Akhirnya , jeng jeng . 
Lalu seorang jejaka ( sama level area meja ana ) nak ke tandas . 
Untung lah tandas dekat dengan meja kerja . 
Pantry pun dekat . Hehe :D

Hah ! Apa lagi , 
Boleh lah , boleh lah ana minta tolong dari dia even tak pernah bertegur sebelum nie . 
Ana nak tegur dia ..??!! Hello , memang tak lah . Ana kan , pemalu . Wakakaka :D

Bila dia keluar dari tandas je ,
Ana dengan confident nya pun , minta lah tolong kat dia . 
Perempuan minta tolong , kena tolong wei !
Perempuan kan makhluk yang lemah . Hahaha :D

Bila dia tengok apa masalahnya , 
Dia minta izin jap , panggil someone yang lebih arif . 
Hehe . Nampaknya , bukan ana sorang yang buta IT kome ! 
Ramai lagi . Hahaha :D

5minit kemudian , 
Datang seorang akak . 
Katanya , memang akaun tu dah disabled . 
Once staff berhenti , akaun deme akan di disabled kan . 
Haiiyaaa . No wonder lah tak boleh bukak !
Penat ana dok belek sana sini , konon macam pro . 
Tu lah , bila tak tahu , buat - buat macam tahu . 
Kan dah terkono . Adoiii !

Tapi , ALHAMDULILAH . 
Ilmu baru lagi hari nie :)
Siap pengajaran lagi . 

Padan lah muka . Huhu . 










Wednesday 3 February 2016

. Kelahiran Semula .

4 Februari 2016

ALHAMDULILAH , cukup sebulan ana memulakan pekerjaan di tempat baru ini . Walaupun baru sebulan , macam - macam dah ana belajar .

Kebiasaan soalan yang ana akan terima dari staff - staff di sini , kenapa pekerjaan ini ..??? Yang tersangatlah tidak bersangkutan dengan kos yang ana ambil . Err , macam tak perlu kot kan soalan macam tu . Dah memang rezeki ana kat sini dan buat masa ini . InsyaAllah , siapa tahu pekerjaan ana di masa akan datang . Kot ler dah bertukar ke pekerjaan ''Domestic Engineer'' . Eh ? hahaha :D

Sebenarnya , mungkin ini adalah satu doa yang berbisik . Dulu kan ana pernah cakap , bisikan hati itu terkadang umpama doa . Tup - tup , Allah kabulkan apa yang kita bisikkan itu . Bersyukur dan dalam masa yang sama , rasa nak menangis . Takut lah , terbisik apa yang tidak - tidak nanti . Hahaha :D

Sebulan kerja . Pergi balik kerja macam biasa . Tiada apa yang luar biasa .

Yang luar biasa , bila Allah beri kita masa yang sangat panjanggggggggggggg untuk beribadah dan bercinta denganNya .

Sebulan kerja . Patutnya dah boleh tersenyum panjang dengan gaji yang pertama .
Tapi , ujian di bulan yang pertama .
Akak yang menjaga bahagian akaun nie , tersalah masukkan nombor akaun bank ana .
No wonder lah , 2-3kali ana menapak ke ATM , tak masuk - masuk lagi gaji .
Nak marah , rasa macam tak pandai pula . Kalau ana marah kejap lagi , kompom - kompom ana yang menangis di penyudahannya .
Bukan boleh marah orang nie . Itu memang bukan skop ana . Hahaha :D

Bila fikirkan balik ,
Ada hikmah semua nie .
Bukankah semua yang menimpa seseorang mukmin , adalah yang terbaik untuknya ..?
Mustahil Allah bagi saja - saja .

Sebelum nie , ana memang xde akaun maybank 2u .
Ini lagi satu kelemahan . Malas betul nak amik tau pasal teknologi nie .
Selagi tak bersangkutan , memang tak lah nak belajar dan pratikkan .
Bila dah jadi cenginie , baru ler mengelupur nak amik tau . Hoho :P

ALHAMDULILAH , bila dah jadi macam nie ,
Baru lah ana belajar buat maybank 2u . Tak susah pun .
Tak payah nak pergi jumpa orang yang kat bank tu .
Tak payaaaaahhhhhh okay !

Sebab sebelum nie , akak ana buat maybank 2u kena masuk dalam bagai .
Tu yang buatkan ana lagi malas nak pergi buat .
Tapi , atas maklumat dari kawan ,
Baru ana tahu . Tak payah nak masuk dalam bagai .
Kome cuma kena pergi mana - mana ATM , dapatkan je nombor pin .
Lepas tu , pakat klik - klik .
Semudah menyebut ABC . Hahaha :D

Ilmu ilmu .