Tuesday 29 March 2016

. Sains dan al-Quran .

Dulu , masa kat poli ,
Masa menumpang kelas dengan adik - adik junior ,
Ada salah sorang chinese nie , sangat banyak bercakap + terlalu ramah .
Tapi , bijak betul . Jeles dengan dia .

Ada suatu hari tu ,
Tetiba dia tanya ana ,
'' Macam mana ea , you all satu agama yang begitu besar , boleh percaya hanya pada sebuah buku nie ? '' ( sambil tunjuk tafsir al-Quran ) .

Terkedu kejap ana dapat soalan dia tu .
Ana nak jawab .
Tapi , belum sempat ana jawab ,
Dia dah balas semula ,
'' Takpe . Saya tak perlukan jawapan ''
'' Err , macam tu pulak ? ''

Pehtu , tetiba ada sorang adik nie yang duduk sebelah ana time tu tanya kat dia ,
'' Macam mana kalau you masuk Islam ? ''
'' Ayooo ! Saya rela mati bunuh diri dari masuk Islam ''

Terkebil - kebil kami bila dia jawab macam tu .
Sampai macam tu sekali dia jawab .
Bila tanya dia , kenapa dia jawab macam tu ?
Dan dia hanya gelengkan kepala dan berlalu .

Dan hari nie , bila ana scroll FB ,
Ada satu page nie , kongsikan dan kaitkan al-Quran dengan Sains .
Masha Allah . Subhanallah . Allahu Akhbar .
Ana yang dah kompom - kompom Islam nie pun ,
Rasa teruja baca .
Hopefully yang non muslim if ada yang baca ,
Allah bukakan pintu hati dan berikan mereka hidayah untuk memeluk Islam .
Sebabnya , hidayah tu .. memang sangat susah didapatkan .
Ianya milik Allah .
Tapi , tak salah kalau kita berusaha untuk berdoa dan mendapatkannya .

Betapa Allah itu Maha Agung dan Maha Mengetahui . 

Ternyata al-Quran telah menjelaskan segalanya sebelum kedatangan kajian Sains . 



Yang nie pun best , bila dia huraikan maksud setiap kalimah tu . 


















Suka baca surah yaasin . Dan bila dia fokuskan pada ayat nie , lagi keterujaan itu mendalam . Allah . Allah . Allah . 














Madu memang banyak kelebihannya . Kalau nak muka cantik , halus dan mulus pun , boleh campurkan madu bersama tomato , jadikan macam mask . 


















Allahu Akhbar ! Allahu Akhbar ! Allahu Akhbar !






Seronok sangat masa baca tentang lautan nie . Masha Allah . 


Pernah dengar pasal nie . Dan bila ana baca pasal nie , lagi kekaguman kepada Allah itu datang . Subhanallah . 





Khusyuk ana baca menatang nie satu persatu .
Teringat juga dulu ada beli 1 novel karya Dr.Farhan Hadi , suami kepada ustazah Fatimah Syarha .
Lebih kurang macam nie novel dia .
Pertembungan idea seorang yang atheis , seorang ustaz yang terlalu taksub dengan Islam dan seorang lagi ustaz yang berada dalam pertengahan dan mampu menjadi pendamai di antara keduanya .
Best novel tu . Sebab dia menjelaskan fakta sains dan al-Quran .
Dan ayat yang paling ana ingat ,

'' Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala - galanya , rupa - rupanya Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala - galanya ''


Kepada sahabiah yang membaca blog ini , ana sarankan ,
Banyakkanlah membaca .
Bukan hanya buku - buku , novel , majalah , tetapi sebarang bentuk method pembacaan .
Kerana melalui pembacaan , kita akan menemukan beribu hikmah dan pengertian .

Selamat membaca !
Jadikan membaca sebagai amalan tambahan :)

~ Sekian :)

Monday 28 March 2016

. This is Melaka , Hawau ! Hahaha .

Ahad lepas , ana ke Melaka .
Melaka , Bandaraya Bersejarah .

Bapak Saudara punya wedding . Kelas kau Jah ! Bapak saudara muda . Hoho :D

Disebabkan hanya ana yang berada di KL ,
Yang lain pakat dah gerak sesama dari Manjung ,
So , ana decide nak gerak ke Melaka bersama ayah .
Sebab ayah dah ada di Negeri Sembilan .
So cite dia , kalau ana nak gerak dengan ayah , ana kena ler usaha sampai ke Seremban dulu keseorangan . Hoho .
Ayuhlah kita ke Seremban .



Selalunya kalau gerak dari Perak , jauhnya lahai nak sampai ke Melaka nun .
6 jam kome . Berapa kali tido , berapa kali bangun ,
Idok sampainya lagi .
Tapi nie bila gerak dari KL , tetau je dah sampai Seremban . Around 40 minutes .
Sekejap lah pulak . Tak sempat nak lelap . Hahaha :D

Bila dah sampai KTM Seremban tu , ayah dah tunggu lama bersama adik - adik .
Kesian ayah . Lama tunggu . Riso ler tu , anak dia nie sampai awal nanti .


Only gurls . Abang - abang mana ntah hilang . 

  
Dalam nie ada mak saudara dengan sepupu sepapat . Kamera cantik sangat . Tak dapat beza dah , mana satu yang berusia . Hahaha :D

Cencantik je sume dalam gambau .
Mana taknya , kamera cantik kot ! Oppo kakak punya .

Disebabkan kamera cantik , ayuhlah kita mewepiekan diri .
Hahaha :D

Yang sebelah ana nie , adik susuan . Tinggi nau dia . Kalah ana kome ! Padahal , baru nak masuk tingkatan 2 kalau tak silap . 
Yang sebelah nie pun sepupu . Ramai saudara mara kata , muka dia exactly like me masa kecik - kecik dulu . Yeke sama ? Nie kalau dia dapat kena bahan dengan ibu ana , memang sedap ! Sebab ibu selalu kata , dia anak ibu sebenarnya . Hahaha :D


Tengoklah ! Betapa meriahnya kenduri di Melaka .
Siap ada paluan kompang lagi kome ! Bukan 1-2 buah lagu tau !
5-6 buah . Perghhh ! Memang layaaaannnn lah dengau .
Pakkal tak pecah je gegendang telinga . Hahahaha :D

Paluan kompang nie , didatangkan khas dari bapak saudara ana sendiri .
Tajuk dia , '' Pasukan Kompang Ezhar '' .
Mana yang nak try kompangkan dekat kenduri kome nanti ,
Meh PM tepi . Kihkih :D
Selain kompang , bapak saudara ada gak buat persembahan silat .
Best kome ! Boleh khayal kalau dok layan . Hehe :D

Best memang best .
Meriah memang meriah .
Tapi , ana tak boleh tunggu lama .
Sebabnya , ayah dah janji nak bawak adik - adik nie ke Kolam Air Panas di Jaasin .
So , tunggu apa lagi ?
Bersegeralah kita menuju ke arahnya .

Bayau . Tapi tak dapat nak mandi sama . Apa kejadahnya mandi dengan baju songket nie ? Kang ada songket yang timbul tengah - tengah kolam tu kejap lagi . Hahaha :D



Nie lah tempatnya .
Sakit hati je ana tak dapat nak mandi sama .

Yang paling geram , yang nie . Teringin nak gelongsor dengan riangnya kat dalam nie . Alaaahhh . 

Dan disebabkan nak memujuk hati ,
Layankan lah kit kat chunkcy nie , sambil tengok deme mandi manda . Huhu .
Sedih . Pedih .

Ayah betul - betul pujuk . Sampai 3 bungkus ayah bagi . Hadap lah kau sampai terbelahak . Hahaha :D
Ingat , nak rendam kaki kat air panas .
Tapi , tempat rendaman tu , open sangat .
Takkan ler sardin je nak bukak stoking dan tayang kaki kat deme .
Jadi , pendamkanlah hasrat tu .
Kita main celup - celup jari jelah ea ?

Lama gila deme nie berendam .
Deme tak tau , ana dah berendam dengan air mata nie .
Panas satu hal . Menghadap kegembiraan deme tanpa ana join sekaki satu hal .

Lepas 3 jam ,
Baru lah ayah panggil naik .
Memasing muka ketat je , sebab tak puas main lagi .
Hahaha :D udoh - udoh ler tu kome !
Ayuhlah kita pulang .
Perjalanan masih jauh lagi nie hah .
Sis koje nie kome esoknya . Hehe .

Bila dah berendam , tau pulak deme nie lapau .
So , ayah bawak lah kami ke Char Kuew Tiau Tanjung kat Gemencheh .
Ayah kata , sedap Char Kuew Tiau kat situ .
Sekali bila makan , idok ler sedap mana .
Adunan kuah dengan Kuew Tiau tu , tidak diadun sekali .
Masih kelihatan keputih - putihan dan ketawaran Kuew Tiau tersebut .
Ana syak , dia jirus je kuah atas Kuew Tiau nie . Hahaha :D

Kome kalau nak makan kat sini nanti ,
Baiklah pesan sesiap kat Bro tu , Char Kuew Tiau jangan jirus .
Mohon gaul dan sebatikan sekali . Hahaha :D

Owh lupa pulak ,
Malam kejadian ana nak balik ke KTM Seremban tu ,
Abang dengan adik beradik lain terkandas di RnR Dengkil .
Ada orang pedajal kete abang . Kuang ajaq tu namanya .
Tak pasal temperature naik bagai .
Lama jugak deme terkandas kat situ .
Allah . Kesian . Mujur lah ada abang saudara yang tolong .
Dan mujur juga si Harith keledek gebus gebas nie tak buat hal .
Kalau tak , makin pening lah kepala abang nak memikiorkannya . huhu .



Hahaha :D
Pun boleh dik , main ler cermin mata tu time orang tengah runsing kete rosak .
Pe de hal ? Papa ada kan ? Hahaha :D
'' Papa , my hero '' hohoho :D

Okay lah . Tu je cite dia .

~ Sekian :)