Monday 4 April 2016

. Berbelanjalah dengan Bijak .

Kecoh hari nie FB diviralkan dengan kisah Tudung Fareeda .
Kecoh kerana ada penyebaran video rakyat Malaysia sanggup beratur semata nak dapatkan koleksi tudung Fareeda yang terbaru .
Serasa ana , mungkin harganya mencecah dalam ratusan ringgit per helai .

Tersenyum ana melihat video tersebut .
Sebelum nie , ana pernah baca satu blog akak nie .
Dia tersangat suka membeli tudung Ariani dulu .
Dari mula berjinak - jinak pakai , sampai beli hingga tak terpakai .
Semata nak penuhkan koleksi tudung Ariani nya .
Dan sekarang , koleksi tudung - tudungnya , dah dilegokan kepada adik beradik dan saudara mara .
Sebabnya , akak tu dah lebih memakai serba serbi hitam .
Jarang dah nampak dia pakai warna selain tu .

Dan kata akak tu lagi , peminat nie ada dua jenis kategori sebenarnya .
Pertama , beli memang nak pakai .
Tak kisah berapa nilai harga yang dijual .
Kedua , beli semata nak ikut trend .
Ujung - ujungnya , tak pakai pun .
Ataupun , pakai sekali , lepas tu , dah tak pakai dah tudung tu .

Ini namanya SIKAP .
Sikap untuk merasakan puas atas sesuatu sebab  .
Contoh macam seseorang yang nak beli handphone lah .
Handphone , pada mulanya boleh menjadi satu barang yang diperlukan  .
Tapi , ianya boleh menjadi satu kehendak dan bukan lagi keperluan ,
Bila jam nak beli tu , tetiba nak beli Iphone 6S .

Eh ?

Dan bila tengok video yang sedang diviralkan tu ,
Yang dok beratur , berhimpit - himpit tu ,
Bukan dia x boleh nak beli esok - esok ,
Tapi sebab nakkan jugak menatang tu ,
Berhimpit pun xde hal .
Skip koje kejap pun xde hal .
Yang penting , dapat . Itu menjadi satu kepuasan dan kejayaan yang begitu membanggakan .

Tapi , bila berbicara tentang bisnes ,
Video yang sedang diviralkan ini juga sebenarnya adalah salah satu trick perniagaan .
Orang panggil , memfofularkan barangan dengan sesuatu isu yang sengaja dimuat naikkan .
Memang apa yang diviralkan itu nampak tak baik .
Tapi , dengan tak sengaja , produk @ barangan yang dijual , sikit sebanyak telah menjadi perbualan .
Orang yang tak pernah dengar , rasa teruja nak tau apa benda yang sedang diviralkan .
Orang yang tak pernah beli , rasa nak pergi tengok macam mana menatangnya .
Tu belum pembeli tegar yang memang akan back up pengeluarnya .
Tu belum lagi termasuk mereka yang dibayar untuk mengwar - warkan isu nie .

Tapi , apa yang ana belajar sebelum sebelum nie ,
Matlamat tak akan pernah menghalalkan cara .
Niat memang bagus , nak memajukan perniagaan .
Tapi , membiarkan mereka @ pelanggan berhimpit himpit lelaki perempuan ,
Itu SALAH .
Mengeluarkan sesuatu produk yang tidak mengikut etika pemakaian syariat Islam ,
Itu juga SALAH .
Benar , anda meniaga . Bukan berdakwah .
Tapi , apa lah salahnya dalam meniaga tu , anda selitkan @ suburkan nilai - nilai dakwah .
Paling tidak , tiapkali mereka memakai barangan tersebut ,
Anda terpalit sama saham pahala dari mereka .
Nampak macam remeh .
Tapi , jika dikira dengan peratus yang membeli , berapa dah saham yang anda kumpul secara tak sedar ?

Ana juga dari dulu minat untuk menceburi bidang fesyen dan perniagaan ini .
Ini kerana , ana melihat peluangnya besar .
Tapi , sedari awal juga , ana sentiasa diingatkan oleh seseorang supaya berhati - hati dalam mengeluarkan @ mengsyorkan sesuatu kepada pelanggan .
Tambahan lagi , dalam isu yang sensitif macam nie .
Tak salah nak berfesyen .
Kerana Islam tidak begitu jumud untuk menghadkan fitrah sebagai seorang manusia yang cintakan kecantikan .
Sedangkan Allah itu Maha Cantik dan Allah juga sukakan kecantikan .
Tapi semoga cantiknya kita itu , dalam bersama mengapai redha Tuhan :)

Nie semua tudung yang ana beli kain dan jahit sendiri . Jimat memang tersangat lah jimat , ana puas hati dapat pilih material dan jenis kain yang ana suka dan kepuasan labuh mana yang ana nak pun , ana boleh dapatkan . Still nampak cantik juga bukan ? 

Dan ana difahamkan , video yang sedang hangat diviralkan itu juga , adalah bertitik tolak dari pertandingan nie .



Tak mengapa . Masing - masing sebenarnya dah terlalu besar untuk menilai yang baik dan buruk bukan ?
Ana doakan anda yang membaca blog ini , sentiasa berjaya dan kaya , dunia dan akhirat .
InsyaAllah , Aamiin :)

p/s : Mana yang nak tudung macam ana dapatkan , boleh PM tepi . Ana tak jual beratus okay ! Harga mampu milik :)

~ Sekian

Sunday 3 April 2016

. Merantaulah .

Malam sabtu lalu , ana menerima satu luahan masalah dari seorang kawan lama dulu .
Terkejut bila dia whatsapp ana , tapi ekceli tak berapa nak terkejut sangat .
Sebabnya , sebelum nie pun dia pernah kongsikan masalah dia .

Kelakar sebenarnya .
Ana nie dah ghoper macam cikgu kaunseling dah .
Sesape yang ada masalah , meh PM ana .
Hahahaha :D

Yelah , kadang tu , ana pun kompius kejap ,
Macam mana deme boleh yakin dan kongsi masalah deme dekat ana ea ?
Walhal , ana dan dia , tak rapat mana .
Kalau jumpa pun , hanya senyum dan sapa .
Jarang ''bertepuk tampar'' .
Apa lagi nak sembang pung pang pung pang .
Sekali , eh ? Sardin je cite .
Takde hal de . Hahaha :D










Korang rasa , macam mana ?
Firstly , memang betul , duduk dengan ibubapa itu , adalah satu nikmat yang sangat tak boleh dicitekan + digambarkan . 
Tapi , ia bergantung juga atas beberapa kondisi . 
Tambah kalau kita sebagai anak lelaki . 
Memang tak dinafikan , yang anak lelaki memang kena menjaga ibu ayahnya .
Tapi , x kan nak duduk gitu tanpa buat apa - apa ?
Paling tidak , mesti ada sesuatu yang kita kena buat supaya sedikit sebanyak , dapat membantu deme apa yang patut . 

Dan ana rasa , tak salah kalau anak lelaki pergi merantau . 
Kerana melalui merantau lah , pengalaman dapat dikutip . 
Ilmu dapat diraih . 

Macam kawan ana nie cakap , dia rasa x tenang dan rasa macam dia bukan dia . 
Part nie , ana pun rasa . Memang kita akan rasa lain bila kita ada kat tempat lain . 
Tambah , bila suasananya memang sangat lah lain dan berbeza dari sebelum sebelum nie . 

Macam ana , kalau dekat Ipoh dulu , 
Masjid dekat . Jalan kaki je sampai . 
Usrah pun selalu ada dan dapat join . 
Nak pergi mana - mana pun , xde hal , ana ada motor . 
Tapi , bila ana sampai kat KL nie , 
Ana x bawak motor . Sebab family jauh lebih memerlukan motor ana tu untuk kegunaan deme . 
Jadi , nak ke mana - mana , ana kena menapak ataupun ana kena naik transport lain macam bas @ KTM . 
Ana nak join usrah pun , ana x dapat . 
Sebab biasanya usrah dibuat jauh sikit dari kawasan rumah ana . 
Melainkan , kalau ada sahabat yang boleh bawakkan ana sekali ke sana . 

Lain . Memang lain . 
Tapi , dari situ , kita belajar banyak perkara . 

Macam semalam , waktu ana nak balik ke KL semula dari Manjung . 
Sejujurnya , semalam adalah kali pertama ana balik ke KL , ana turun kat KL Sentral . 
Sepatutnya , tempat yang paling dekat ana turun adalah Hentian Duta . 
Tapi , dari Hentian Duta nak ke rumah sewa , takde bas . Semua teksi . 
Dan kalau ana naik teksi , amount dalam RM20++ . 
Walhal , idok jauh mana . 

Jadi , semalam ana try turun dekat KL Sentral . 
Dari KL Sentral , ana naik KTM ke Kepong Sentral . 
Sebabnya , hanya KTM Kepong Sentral yang paling dekat dengan rumah . 
Tapi , bila dah sampai KTM Kepong Sentral tu pulak , idok terus sampai rumah gitu je . 
Ana kena naik bas pulak . 

Bila cakap pasal bas nie , 
Semalam , lama jugak ana tunggu bas untuk ke rumah sewa ana . 
Bila dah lama tunggu tu , ana baru teringat nak baca doa nie . 


Allahu Akhbar !!!
Dan benarlah , Allah itu lebih dekat dari urat nadi kita . 
Ngam - ngam lepas 3 kali ana baca , 
Menonong je bas muncul depan ana . 
Walhal , dari tadi xde . 

ALHAMDULILLAH . SUBHANALLAH . 

Rasa sebak kejap . 
Betapa Allah sangat memudahkan urusan ana . 

Sebab itu lah kita kena merantau . 
Sebab melalui merantau , 
Kita akan rasa Allah dekat dan sentiasa bersama kita . 

Dan bila bercakap pasal merantau , 
Teringat ana akan syair dari Imam Syafei , 

#-Merantaulah…-
Orang berilmu dan beradab tidak diam beristirahat di kampung halaman .
Tinggalkan negerimu dan hidup asing  (di negeri orang).#
#Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan (kerabat dan kawan).
Berlelah-lelahlah , manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang . #
#Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan..
Jika mengalir menjadi jernih , jika tidak , akan keruh menggenang . #
#Singa jika tak tinggalkan sarang , tak akan dapat mangsa..
Anak panah jika tak tinggalkan busur , tak akan kena sasaran . #
#Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus berdiam..
tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang . #
#Bijih emas tak ada bedanya dengan tanah biasa di tempatnya (sebelum ditambang) .
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan . #
#Jika gaharu itu keluar dari hutan , ia menjadi parfum yang tinggi nilainya .
Jika bijih memisahkan diri (dari tanah) , barulah ia dihargai sebagai emas murni . #
~ Sekian 

Friday 1 April 2016

. Temuduga .

Semalam , seawal pukul 7 pagi ,
Ana bersama kakak dengan adik , bersiap - siap ke Batu Gajah .
Planningnya malam tu , 6.30pagi nak gerak . Tak boleh lewat walau sekentut .
Tapi , dan benarlah .. kita hanya mampu merancang , Allah jua yang menentukan .
Sekali , pagi tu .. semua pakat terjaga pukul 6.30pagi .
Hah ! Amik kau !
Memang kelam kelibut lah jadinya memasing nak bersiap . Huhu .

Walaupun lewat dari jam rancangan masa bertolak , tetap maintain layan selpie dulu . Handphone lawa kan ? :P Haruslah digunakan dengan sebaiknya . Hoho . 

Sementara kakak tengah fokus memandu , marilah kita selpie berdua . Biorkan kakak tu sensorang dengan keseriusannya . Kihkih :D
Punyalah tak bersedia nak di temuduga ,
Hingga di dalam kete ,
Baru dok kalut nak susun sijil - sijil yang ada .
Hahaha :D

Bila dah sampai tempat untuk ditemuduga tu ,
Jam telah menunjukkan 8.15pagi .
Allah .
Ana sepatutnya berada sebelum 8pagi seperti yang dimaklumkan .
Ini ? Sardin je kan , ana sampai lewat .
Siapa yang interview sape sekarang nie ? Kahkah :D

Dan kerana ana memang mengamalkan kesempoian adalah satu kewajipan ,
Jadi ana pun masuk jelah .. walau jam sudah menunjukkan pukul 8.15pagi .

Bila dah sampai tu ,
Eh ? Kenapa macam tak ramai sangat ea ?
Tak sampai 50 orang .
Around 40 gitu .

Ghoper - ghopernya , ada dua sesi .
Satunya sebelah pagi dan satu sebelah petang .
Haiyyaaa . Padan ler .

Lama jugak ana tunggu kat luar sebelum ditemuduga .
Ada ler dalam sejam suku gitu .
Sempat lah ana nak baca jap surah al-Fath .
Bukan apa , sebab nak lunaskan ''tanggungjawab '' .
Selalunya lepas Subuh , ana jadikan satu kewajipan .
Tak pun Yaasin . 2 surah tu je yang ana cuba jadikan amalan .
InsyaAllah , mudah - mudahan Allah terima dan mempermudahkan urusan ana hari tu .

Baru nak start baca tu ,
Ana nampak penemuduga baru keluar dari bilik mesyuarat nak g sarap dulu .
Sempat lah ana jeling sikit siapa orangnya .
Hoho . Seriau kome !

Dan bila dah tengok siapa orangnya , ana pun khusyuk lah nak habiskan bacaan ana .
Dan masa tang ayat yang ke 18 ,

'' Sungguh , Allah telah meredhai orang - orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu ( Muhammad ) di bawah pohon , Dia mengetahui apa yang ada dalam hati mereka , lalu Dia memberikan ketenangan atas mereka dan memberi balasan dengan kemenangan yang dekat ''

Ana rasa sebak lain macam .
Tambah ayat yang ana bold kan tu + elok masa baca ayat tu , ketiga - tiga penemuduga tu , tengah lalu depan ana .
Ana pun cepat - cepat berdoa , moga Allah mempermudahkan urusan ana ketika ditemuduga nanti dan kalau memang benar jawatan as Penolong Jurutera tu adalah yang terbaik untuk ana ,
Moga ada ler rezeki ana kat situ .

Punyalah lama ana tunggu kat situ ,
Siap macam - macam perasaan dah .
Lapau lah perasaan  yang paling ketara yang ana rasa .
Yelah , sebab tak sempat nak sarap awal - awal tadi kan ?
Amik lah kau ! Terimalah hakikatnya . Hahaha :D

Dan bila lama nau nau ana tunggu tu ,
Sempat jugak mak saudara titipkan pesanan , suh baca 2 ayat terakhir dalam surah Yaasin .
'' Innama amruhu iza arada syai’an ayyaqul la lahu kun fa yakun '' dan 3 zikir dari 99 nama Allah . 

ALHAMDULILLAH , mungkin berkat pertolongan Allah , 
Masa ana masuk dalam bilik mesyuarat tu , ana rasa sangat tenang walau jawapan yang ana bagi macam tak berapa nak bertenang . Hahaha :D

Mana taknya , sebelum tiba giliran ana ,
Ana dengar ada seorang yang keluar dari bilik mesyuarat tu kata , 
Dia ada tanya pasal piling . 
Allah . Allah . Allah . 
Piling memang ana tak study langsung . 


 

Ana sempat study pada cement dan traffic light je .
Dan ALHAMDULILLAH , soalan tang cement tu yang keluar .
Tak sia - sia study . Heeee :D

Kekdah penemuduga nie ,
Deme panggil 3 orang terus setiap kali masuk .
So , sementara nak masuk dalam bilik mesyuarat tu , petugas yang ada kat luar akan susun kami dulu dekat bangku yang berdekatan .
Tup - tup , masa ana duduk dekat kerusi yang tiga tu ,
Ana duduk sebelah senior PUO kome !
Paling tak sangka , akak tu adalah sahabat rapat kepada Sunbear , senior ana , masa ana praktikal kat Ipoh dulu .
Alahai , keciknya dunia ea ?
Pi Mai Pi Mai , Tang Tu jugak :D
Jadi , ayuhlah kita menselpiekan diri :)


Dan pertemuan ini jugak menjadi asbab ana bertenangnya buat kali kedua .
Yelah , bila dah dapat ''geng'' nie , rasa selesa lah sikit .
ALHAMDULILLAH :)

Jadi , bila masuk dalam bilik mesyuarat tu ,
Firstly , penemuduga tu .. minta kami letakkan IC dan file sijil - sijil dekat meja yang deme duduk .
Kemudian , deme tanya kami dengan soklan - soklan begini :-

1) Terangkan secara ringkas , biodata @ tentang diri kita
2) Aktif tak dengan badan NGO @ sukan semasa di kampus @ sekolah dulu ?
3) Di antara Najib dengan Mahathir , siapa pilihan anda ? ( Soklan nie , ana macam cannot go sikit . What ? Kena pilih antara dua tu ? Errr , boleh dok kalau dedua ana tak mo pilih ? Hahaha :D )


Lepas abis soklan tu ,
Ana ingatkan dah habis dah .
Sekali , yang lagi sorang pulak bertanya 3 soalan .

1) Bancuhan cement terbahagi kepada 3 bahagian . Terangkan nisbah apa yang ada + apa bahagian setiap nisbah tu .
2) Negara kita terbahagi kepada beberapa bahagian . Berikan salah satu bahagiannya .
3) Sebutkan kaedah untuk membancuh cement ( Soklan yang nie , kami tetiga blur kejap . Sebab masing - masing tak berapa nak jelas dengan soklannya . Sekali bila dia bagitau apa yang dia maksudkan , kami macam ... What the fish ! X pernah belajar pasal tu okay ! =.='' )

Habis je dia jelaskan apa yang dia nak sebenarnya tang soklan ketiga tu , dia siap kata ,
Ada yang tak puas hati x ?
Nak je jawab ya . Tapi , apakah ?
Al - redha jelah . Itu jauh lebih membahagiakan . Kihkih :D

Habis je interview tu ,
Ana terus call ayah .
Cite sekian sekian . Yelah , anak ayah katakan .
Haruslah disampaikan terdahulu pada ayah .

Tapi , pape pun ALHAMDULILLAH .
Dah selamat pun ditemuduga .
Berapa kali ana susah nak tido dan sakit kepala nak hadap hari temuduga nie .
Entah apa kena penangannya , sampai macam tu sekali ana lalui .
Laka - laka je . Hahaha :D

InsyaAllah , kalau dah memang ada rezeki kat situ ,
Walau macam mana ada '' tangan - tangan '' yang menghalang ,
If Allah berfirman '' Jadilah ! ''
Maka , jadilah sesuatu itu .
Dan begitulah sebaliknya .

Baideway , terima kasih kepada yang mendoakan ana .
Sesungguhnya , hanya Allah yang selayaknya membalas doa - doa dan perhatian anda ,
Dengan kebaikan yang banyak .
InsyaAllah , Aamiin :)