Tuesday 16 August 2016

. Sabah Bah - Part 6 ( Finally , Last Part ) .

Akhirnya , sampai jugak ke Part yang terakhir .
Wuuu , bercintanya lahai nak habiskan kome ! Hihi :D

Cadangnya nak biorkan je tergantung .
Tapi , macam tak sedaplah pulak . So , kasik habis lah . 
Baru lengkap sejarah percintaan . Eh ? Hahaha :D

Okay , disebabkan flight ana esok dekat Kota Kinabalu , 
So , dari pagi kelmarin tu kami dah bergerak ke KK .
Best perjalanan . Sebab sepanjang perjalanan tu , ana baru sedar betapa pengantin lelaki dengan kawannya , sama masuk air macam pengantin perempuan . 
Kira ngam dan elok sesangat lah . Boleh jadi geng . Sep sikit ! Hahaha :D

Masa dalam perjalanan nak ke KK tu , 
Kami asik lah menyebut beberapa loghat dan perbezaan Semenanjung dengan Sabah . 
Seriously lawak dan tak boleh terima bila deme cuba bercakap dalam pelbagai loghat Semenanjung . 
Kepelikkan yang teramat . Sakit perut ana gelak . Hahaha :D

Yang best masa dalam perjalanan ke KK nie jugak ,
Si kawan pengantin lelaki tu , asik kata je kat ana ,
'' Senah , jangan lupa nanti , balik Semenanjung , cite dekat kawan - kawan , Senah datang Sabah ''
Pehtu sardin je ana jawab , '' Mestilah cite . Siap pi Mengatal lagi . Hahaha ''
Gelak besar kawan pengantin tu . Sebab ''Mengatal'' adalah salah satu nama tempat di Sabah .
Mau dia tak gelak besau , sebab kalau ikut dari BM , dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , Mengatal tu adalah sejenis kelakuan yang kurang sopan .
Tetapi tidak di Sabah . Hahahaa :D



Disebabkan banyak tempat yang kami menyinggah , 
Jadi , malam baru kami sampai di KK . 
Ana mulanya rasa pelik jap , asal banyak words Jesselton yang ana jumpa . 
Ghopernya lupa lah . KK dulu dikenali sebagai Jesselton . Kahkah :D

Bila sampai je Jesselton , eh silap . Sampai je KK , 
Memasing muka dah lapau . So , kami pun membawa diri untuk pi makan . 
Tempat makannya konon macam ala - ala romantik lah , lampu malap , tepi laut , ada kapal - kapal besar yang cantik , 
Walhal , kalau ibu ana ada nie .. mau dia ajak pi makan kedai lain .
Kedai yang lampu pendafloor tu .
Lagi senang nak makan katanyer . Sume nampak .
Kalau tengah makan tu pun , ada melompat pape , pun senang nak nampak . Hahaha :D



Tudiaaaa baq hang ! Sabah kan terkenal dengan mutiara . 
So , kalau takde jual tu , nampak benor nipunyer .
Murah lagi ada . Macam - macam pilihan . Dari sekecik - keciknya , hingga sebesau - besaunya . 

Masa nie , kami kat Pasar Malam KK . 
Sebenarnya , bukan ana yang nak beli . 
Cuma ada sahabat yang minta belikan untuk bakal zaujahnya . 
Hamboiiiiii ! Nasiblah ye , kalau ana dengan pengantin perempuan pilihkan tu , tak kena dengan seleranya nanti . Sape suh ana yang belikan ? Hahaha :D


Abis kami round dekat Pasar Malam tu ,
Elok je nie hah .. Pengantin lelaki berbekam . 
Sempat lagi tu , cari peluang . Hahaha :D


Dan disebabkan perempuan tidak begitu digalakkan untuk berbekam , 
Seharusnyalah kami hanya berselpie . Kihkih . 
Sebenarnya masa nie tengah dok pikiaq nak tido mana . 
Baru jam nie kami search hotel . Padan ler muka . Hahaha :D

Disebabkan pengantin lelaki masih berbekam , 
Jadi , kami tinggalkan dia disitu , dan hanya kami yang mencari hotel . 
Beria cari siap nasib kete bagai . 
Last - lastnya , menginap di hotel yang betul - betul berhadapan dengan tempat berbekam nie . 
Hahaha :D


Beria keluar awal dari hotel . Siap ketakutan lagi masa dok breakfast tu . Riso , ketinggalan flight nanti .
Mau tak , pengantin lelaki pun , asik kena kan ana ,
''Habislah Senah . Tak dapat balik Semenanjung''
Sekali , bila sampai airport , sempat berangan lagi kome .
Bapak lama menunggu . Hahaha :D

Masa dah nak dekat - dekat berlepas tu ,
Dekat Balai Perlepasan tu ,
Barulah ada moment sedih sikit . Tapi , of coz lah bukan ana yang menangis .
Ana sebak sebak je . Pengantin perempuan yang beria nangis . Kah !
Nampok sayang kat ana tu . Hihi . 


Begitu nikmatnya peluang menaiki pesawat pada pertama kali nie .
Mau tak , pergi ana dapat seat sebelah tingkap , balik pun ana dapat sebelah tingkap jugak .
Tak kisahlah kalau orang lain tak kisah dan tak heran .
Tapi bagi ana , ana tersangatttttt lah kisah .
Sebab ana suka tengok dan menghayati pemandangan sepanjang ana berada di dalam pesawat .
Lagi - lagi masa pesawat baru nak naik ke langit biru dengan masa nak turun .
Kelajuan dia tu , rasa macam best je .
Masa pesawat masuk dalam kumpulan kumpulan awan pun best .
Masha Allah . Cantik betul . Seriously rasa macam nak bukak tingkap , sentuh awan - awan tu .
Hahaha :D

Nie masa nak tinggalkan bumi Sabah . Tangkap buat kenangan dari jarak atas .
Entah bila ler ana dapat ke sini lagi . Tak puas sebenarnya berjalan ke Sabah lagi nie .
InsyaAllah , nanti nak buat trip bersama family pulak . Heeee :D

Oh ya ! Masa tengok pokok - pokok , lautan , rumah - rumah , kereta - kereta , dan lain - lain dari pandangan atas nie ,
Ana rasa takjub dan teruja sangat dengan kekuasaan Allah .
Betapa Allah itu Maha Hebat , Maha Sempurna kerana dapat mentadbir dunia dan makhluk dengan sebaiknya .
Teringat ada satu key words ana pernah baca ,
'' Tiada sehelai daun pun yang gugur ke bumi , melainkan di bawah pemerhatian dan kekuasaan Allah ''
Masha Allah .
Key words tu , mungkin nampak biasa . Tapi , once kome ada kat langit biru , kome akan rasa , macam ............. Allah . Allah . Allah .

Okay guys ! Daaaa :)

Friday 12 August 2016

. Sabah Bah - Part 5 ( Last Maybe . Hahaha ) .


Fuhhhh ! Sampai part 5 . Hamikkk . Padan ler dengan lima hari ana ke Sabah ( termasuk perjalanan pergi dan pulang ) . Hihi .

Desa Dairy Farm , Kundasang Sabah , Masha Allah , cantik dan best betul .
Macam pi Tanah Rata Cameron Highlands di Semenanjung .
Sejuk dan sangat mendamaikan .
Tapi perjalanan nak ke sini nie , bercintanya lahai . Hahaha :D

Awal - awal pagi , kami dah gerak ke sini . Around pukul 10pagi macam tu rasanya .
Ana , pengantin lelaki , pengantin perempuan dengan kawan pengantin lelaki .
4 orang sumenya . Okay ngam . Two couples . Hahaha :D

Masa otw nak ke sini , kami singgah di salah satu gerai makanan .
Barulah nak merasa Bakso Sabah . Sedap . Best .
Macam biasalah , rasa macam nak bungkus bawak balik . Tapi , mana maunya . Hahaha :D

Ana nie , kalau pi mana - mana ,
Kalau tak memalukan diri , memang tak sah . Hahaha :D
Masa dekat kedai makan tu , ana pi singgah tandas kedai makan tu kejap .
Kecik je tandas tu . Muat - muat sorang . Kira tandas kongsi nie .
Lelaki perempuan guna tandas yang sama .

Masa ana masuk je dalam tandas tu ,
Ana dah terdetik dah dalam hati ,
'' Basah lah lantai tandas nie . Macam licin je ''

Elok je masa ana nak keluar dari tandas tu ,
Entah macam mana , ana tergelincir jatuh .
Adoiii ! Nasib tak terhantuk kepala kat simen lantai tu .
Cuma terasa jugaklah sakitnya dari paras pinggang sampai kaki .
Hamikkk ! Tulah , pi tegur lagi lantai licin bagai . Kan dah merasa jatuh .
Bukan senang tu nak jatuh dalam tandas , di Sabah lagi . Kahkah :D

Bila ana keluar je dari tandas tu ,
Terpaksa cover - cover sakit . Malu okay , depan pengantin lelaki dengan kawan dia .
Hahaha :D Bisik dengan pengantin perempuan je . Kahkah :D

Ana whatsapp dalam group family , bagitau ana jatuh dalam tandas .
Kot ler ana jatuh nie , bersangkutan dengan keadaan family yang jauh - jauh . Riso gak kalau ada jadi pape kat family .
Sekali , masuk abang ana yang sulung dalam group , terus disekolahkan ana ,
'' Tulah , lainkali masuk tandas dengan kaki kiri . Sebelum masuk , baca doa dulu . Keluar tandas pun baca doa ''
Tudiaaaa ! bila dia dah start , hamikkkkk !


Hahhh , tengok tu . Hanya di Ranau . Teko terangkat kome !
Dah macam tempat Ayah Pin . Ada teko bagai . Kahkah :D
Taklah . Sebenarnya di Ranau popular dengan Teh . Macam Cameron Highlands lah .
Tapi , ana tak sempat ler nak rasa apa beza Teh Ranau dengan Teh Cameron .
Maybe next time . Hihi .



Nie masa nak dekat - dekat sampai Desa Dairy Farm dah . Akan jumpa Roundabout kobis nie .
Cantik je kan ? Lambang kemegahan kepopularan kesayuran . Kah ! :D
Kalau Sabah tu sebelah je dengan rumah , dah lama ana borong sayur bebanyak .
Sebab nampak macam best je sayur - sayur dia . Hihi .




Akhirnya , kami sampai . Sesampai je kat sini , tutup aircond kete terus . Bukak tingkap .
Sebab kat luar lagi sejuk dari dalam kete . Hahaha :D
Air dia pun sejuk betul . Sejibik macam kat Cameron .


Penat tengok lembu , kita try susu segar kat sini . Perghhhh , memang terbaik wokkk !
500ml - RM3.17 . Tudia , siap ada 17sen . Tak faham apa kejadahnya . Haha :D
Ada 3 perisa . Susu putih , susu coklat dengan susu kopi .
Memula , nak order susu coklat , tapi sold out pulak . So , order jelah susu putih .
Sampai 2 kotak ana beli . Tapi minum satu je . Sebab lagi satu bagi kat pengantin . Hihi .

Kat sini , ada jual jugak ais krim susu .
Sedap . Rasa masam - masam macam makan yogurt .
Tapi ana tak sure harganya berapa , sebab pengantin perempuan yang beli .
Ana numpang makan je . Hihi .



Bukan lembu je ada dekat Desa Dairy Farm nie . Kambing pun ada . 
Macam tak pernah jumpa kambingkan , layankan .. selpie ngan kambing jugak . Hahaha :D







Masa dekat Desa Dairy Farm nie , kita boleh jugak tengok proses pengambilan susu nie .
Sambil - sambil minum susu dengan makan ais krim susu tu , bolehlah layankan dengan panorama nie . Indah bukan ? Hahaha :D



Sebelum ke tempat proses pengambilan susu dari lembu tu , ada satu bahagian jual benda alah nie .
Untung anak buah ana , sebab ada Mak Cik dia yang baik , belikan tshirt untuk dia .
Nak buat macam mana , anak buah seketul je . Memang manja lah cite dia . Hoho .





Lepas dari Desa Dairy Farm tu , kami ke Kundasang War Memorial pulak .
Entrance nya sorang RM2 . Okaylah . View dalam nie pun menarik . Macam ala - ala Kellie's Castle kat Batu Gajah , Ipoh Perak .



Laki bini nie memang suka tangkap gambau bertumbuk macam nie . 
Biorkan deme . Asalkan deme bahagia . Hahaha :D













Pengantin suka gambau nie . So , kasik up kat sini lah .. walaupun selambak muka ana kat sini .
Hahaha :D



Selesai je di sini , kami ke Rumah Terbalik di Sabah .
Terbaiklah Rumah Terbalik nie . Nombor 3 di Asia dan nombor 1 di Malaysia .
Tapi yang tak bestnya kat sini , tak boleh nak amik gambau di dalam rumah tu .
Yelah , sebab private and confidential . Kalau nak , kome kena pi sendiri lah . Hahaha :D



Selain Rumah Terbalik , ada jugak Muzium 3D kat sini .
Sebab dari Kundasang ana dah setting dalam pikiran nak pi Rumah Terbalik ,
So , bila sampai sini , memang tak mandang langsung Muzium 3D tu .
Walhal , bila ana balik Semenanjung , baru ana nampak ada sahabat up gambau dalam Muzium 3D nie . Alahaaiiiiiii , rugi oi ! Nie cite dia , kena pi Sabah lagi lah nie .. Saja kan ? Hahaha :D


Sebelum masuk , beria ana amik gambau nie .
Al - kisahnya nanti nak amik gaya cenginie .
Sekali , nan ado . Kelupaan langsung . Gambau ke mana , gaya ke mana . Hahaha :D






'' Biarkan rumah ini terbalik . Asal bukan sahaja kisah cinta kita . Sambut tanganku . Takkan kulepaskanmu ''

Chia . Chia . Chia .
Hahahaa :D

Lepas je dari Rumah Terbalik nie , kami pun bergerak ke Kota Kinabalu .
Sebab flight ana esok paginya .
Ingatkan , ana nak habiskan sume kat Part 5 nie .
Tapi , rasa macam tak dapat je . Banyak lagi kisah sebelum balik tu .
Hahahaa :D

Okay , ini serious . Nanti ana sambung lasssssssssttttt part kat Part 6 ye .
Janji , tu yang last tentang Sabah nie . Hahaha :D

Okay , bye !
By the way , gambau kat bawah nie , masa nak Maghrib .
Masha Allah . Cantik betul view nya .
Gambau nie , memang xde edit langsung okay :)



Friday 5 August 2016

. Sabah Bah - Part 4 .

Fuhhhh . Banyoknya part .
Sampai rasa malas nak tulis . Hahaha :D

Lepas je habis kenduri kahwin tu ,
Memasing esoknya tu sume pakat kemas apa yang patut .
Ana pun tolong jugak . Tolong tengok . Hahaha :D

Awal - awal pagi , pengantin udoh ilang .
Deme pi hantar rombongan lelaki yang nak pulang ghopernya .
So , tinggallah ana terkontang kanting di rumah .
Blur blur kejap , ana nak buat apa nie . Hahaha :D

Tetiba , pak cik Pengantin perempuan ajak ana pi jalan - jalan .
Nak bawak ke Sepilok katanya .
Terkejut ana . Takkan ana berdua je ngan pak ciknya tu . Hahaha :D
Ghopernya , dengan pak cik lagi sorang .
Lambat - lambat ana bagi jawapan .
Tak best pulak takde pengantin . Kah !

Sekali , tak jadi pun .
Ujung - ujungnya , ana pi ngan pengantin dengan adik dia .
Pengantin laki tak nak ikut . Letih katanya .
So , merendek lah kami bertiga .
Rasa macam tak percaya pulak , bila pengantin perempuan yang bawak kete .
Selama nie kami kat Ipoh , merempit je kojenya .
Hahaha . Nie first time naik kete , dia yang bawak . Sangat tak percayanya pun . Kihkih .





Taraaaaaaa ! Kami udoh nyampai .
Ingatkan , boleh ler masuk dalam tu .
Sekali , 15minit lagi nak tutup .
Ceh ! Dan - dan ler nak tutup bagai . Awal nau kot .
Baru nak pukul 4 petang .
Ekceli kat Sabah jam dia lebih awal sejam dari Semenanjung .
Pukul 4 petang di sana .. ibarat macam pukul 5 petang di sini .
So, orang - orang utannya haruslah disimpan dengan segera . Wuuu , sedih .

''Pergi Sepilok nak tengok orang Utan . Orang Utan dah kena simpan '' Kahkah :D

Disebabkan rasa sakit hati sebab tak dapat nak tengok orang utan Sepilok ,
So , kami pujuk hati dengan bergambau dengan replika orang utan je .
Huhu . Bertabahlah nak ! Benda baik memang susah nak dapat . Hahaha .


                    

  
Ana ingatkan , tempat Orang Utan Sepilok je yang dah tutup .
Tempat beruang nie pun , tutup jugak .
Lagi sadis , sebab dah bergari bagai . Kuangsam -.-''



So , sebab tak dapat masuk , bergambar dekat sini pun .. okay lah kot kan ?
Terpujuk jugak hati . Chewaaahhh . Terpujuk sangat .



Sebab hati tu tak berapa nak terpujuk , so kita layankan dengan pi Pasar Sabah .
Sekali hamikkk !! Sempat ana borong jam tangan mutiara dengan kerongsang mutiara .
Seronok pulak bila dapat beli jam nie . Bukan sebab apa pun .. sebab ada warna ijo tu . Berkenan sungguh . Hihi .
Nie kalau kat Semenanjung , mesti lagi mahal . Sebab dia mutiara asli .
Sempat lagi tu ana bisik kat pengantin , kan bagus buat jualan import eksport kerongsang nie .
Hahaha :D


Dah penat - penat berjalan , kita minummmm dulu .
Ingat nak makan bakso Sabah . Sekali , tutup jugakkk .
Apa kena daaaa , sume kasi tutup -.-''

So , kita pekena Cool city jelah . Boleh sejukkan hati .
Sejukkan hati lah sangat ~~~ haha
Sempat juga ana rasa Rojak Sotong . Sedap .
Ana tak sure kat Semenanjung ada ke x rojak sotong .
Tapi , yang kat Sabah nie , first time ana tau ada .
Hahaha . Mungkinkah ana ketinggalan stesen ??

Udoh selesai minum - minum , kita layan perasaan tepi laut .
Fuhhh ! Nikmat sungguh . Alhamdulillah :)

Bila sampai umah ,
Deme yang lain tengah dok melantak nie .
Sanggar Papek . Perghhhh , sedap kome .
Kalaulah boleh bawak balik , dah lama ana bungkus sesiap . Hahaha :D


Sanggar Papek nie , adalah sejenis pisang yang dipenyet - penyetkan ,
Kemudian digoreng sebanyak 2 kali .
Rasa dia best betul . Macam makan kepek pisang , versi tebal sikit .
Nyummy :) Deme kat sana makan dengan sambal tomato . Macam air asam sikit .
Best ! Best . Rasa macam nak terbang ke Sandakan lagi , pi cari . Eh ? Hahaha :D


Ikut hati , ana nak belasah makan Sanggar Papek tu bebanyak .
Tapi , awal - awal lagi pengantin dah warning , jangan makan banyak .
Sebabnya kejap lagi ada BBQ . Wuuuu , makan besau kome !
Terbaikk lah ! Walaupun awal - awalnya ana mulakan dengan makan telur dulu . Hahaha :D
Bukan sebab apa , sebab telur tu yang paling dekat ngan ana .
Orang kata adab makan , kena amik makanan yang paling dekat . Chewaaaahhh .

Tengah - tengah dok makan tu , sape ntah kata ,
''Sape yang last , kena basuh pinggan mangkuk sume ''

Elok je lepas dia cakap macam tu ,
Memasing kelam kelibut habiskan makanan . Hahaha .
Tinggallah pengantin terkebil - kebil ratah isi ikan . Kah !
Deme cepat ke , lambat ke , memang deme pun yang kena settlekan pinggan mangkuk sume tu nanti .
Saja . Jam nie lah nak buli pengantin .
Sape suh jadi pengantin . Eh ? Hahaha :D

Okay , settle Part 4 .
Nanti ana sambung the last part pulak . Hahaha .
Hamikk ! Letih mak nak .....