Thursday 24 November 2016

. Melaka Bandaraya Bersejarah .


Nama je kampung kat Melaka . Tapi nak kata habis pusing Melaka tu , memang taklah . Idok mandangnyer kome ! Asal balik kampung je , tak pi memana . Mereput je dalam rumah tu . Hahaha 😂😂😂😂 Bukan sebab apa , sebabnya bila dah jarang jumpa saudara mara , dan hanya sekali sekala je balik , jadi masa tu lebih afdhal jika diisi dengan nyembang doploh empat jam . Hahahaa 😂😂😂😂

Tapi untuk kali nie , kami "pecah tradisi" sikit . Maka , berangkatlah kami ke Muzium Kapal Selam di Klebang .
Walaupun hanya beberapa ketul je yang pi , cukuplah untuk cipta sejarah , kami dah sampai . Yeayyyy 😌😌😌 Hoholiau .


Walaupun Muzium Kapal Selam nie kecik je , tapi , sejarah dia tu .. yang perlu kita amik kira .








Ini adalah secebis gambaran sejarah yang ana berjaya rakamkan . Nampak tak ? Boleh baca ke nie ? Kalau tak boleh jugakkkk , mohon datang sendiri ke sini . Bhahahaha . Pe de hal , RM5 per head je sekali masuk . 


Bila baca sejarah tentang kapal selam nie , hampir semua kapal selam yang dibawa masuk ke dalam Malaysia , adalah datangnya dari negara Perancis . Mereka yang banyak mencipta kapal selam ini . Dan kalau kita tengok pada gambar di atas , tak semua negara mempunyai kapal selam . Hanya terdapat di negara - negara tertentu sahaja . Walau bagaimanapun , kapal selam yang berada di Melaka ini .. hanyalah kapal selam yang digunakan sebagai latihan kententeraan . 





Dan selain sejarah tentang kapal selam SMO Quessant Agosta 70 nie , ada jugak sejarah tentang kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dengan Tun Abdul Razak . Dinamakan bersempena dengan nama mereka , kerana di atas sumbangan mereka pada negara . 


Ini pula , adalah bahagian di dalam kapal selam ini . Kecik je laluannya . Ngam ngam muat sorang je lalu . Walaupun kecik je , masih mempunyai fasiliti yang canggih . Siap ada dapur katil bagai . Bilik meeting pun ada . Tudiaaaa bak hang ! 😂😂😂😂







Bukan 1 tau katil dia . Ada dalam 4 @ 5 buah . Fuhhh ! Nampak je kecik dan sempit . Tapi , masih muat meletakkan semua nie . Hebat kan ?? 😌😌😌




Hahhh .. kecik kan laluan dia ? Ngam ngam sorang je yang dapat lalu . Hihi ..



Nie masa nak keluar plus nak turun dah dari kapal selam nie . Acah acah macam turun flight . Kah ! Flight sangatttt 😂😂




Selain kapal selam tadi , ada jugak 2 buah jet dekat area depan nie . Tapi , bila ana dah balik , baru ana perasan , ada tangga untuk kita naik bergambar . Tapi , sama ada boleh masuk dalam tu ataupun tidak , ana tak pasti . Rugi ler pulakk sebab baru perasan . Hahaha .


Tudiaaa , abang sama naik sheikh tau bergambau . Sebab nie wishlist dia . Kasiklah peluang . Hahaha 😂😂😂😂 Nanti kempunan lah pulak . So , hamikk lah . Hamikkk . Sampai full memory handphone ana .

Yang bestnya , elok je kami dah "tawaf" Muzium Kapal Selam nie , dah nak dekat - dekat pagar keluar , dan dan ujan pun turun dengan mencurah curahnya . Maka , ayuhlah kita berlarian pulang . Hahaha 😂😂😂 Tak dapat ana nak pi Padang Pasir yang macam ala - ala kat Mesir nun . Bertabahlah nak . Sikit je lagi . Alahaiiii ...

Saturday 19 November 2016

. 2 pasang pengantin .

Alhamdulillah , pada 11.11.2016 ( Jumaat ) yang lalu .. dua orang sepupu ana , telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan hati masing - masing 😊😊


Seronok lahai bila tengok dua pasang sepupu ini disatukan . Yelah , dengan asbab deme bernikah , maka kami boleh ler balik kampungggggg . Hoorayyy . Hoholiauuuu 😂😂😂😂

Yang lagi best tu , kami sekeluarga ( perempuan sahaja ) berpakat untuk pakai baju raya kami yang lalu warna purple . So , dah alang - alang purplelishta tu .. kami tetiba bertukar bidang , jadi si pengutip cukai tak bertauliah masa pengantin lelaki nak jumpa pengantin perempuan . Kahkah . Padan muka deme . 


Tudiaaaa ! Tak memasal kami dapat angpau . RM5 sorang pulak tu . Untung untung . Hihi . 

By the way , masa sebelum kutip cukai tu .. comel je si abang sepupu nie ..tahan pengantin - pengantin lelaki nie , dengan kasik soalan kat deme . Soalannya , kena sebutkan 5 buah yang bermula dengan huruf N . Alahaiiii , senang yang amat . Tapi , sebab memasing gugup , lambat lambat je sorang sorang menjawap . Hahaha .






Hahhhh . Yang bestnya bila kenduri kawen saudara mara nie , selain dapat makan , masa nie lah pun .. kami nak berkumpul bergelak ketawa . Tudiaaa , punya sakan tau ! Memasing tak sudah mengusik dan membahan . 


Hahhh , yang si kecik pun .. sama naik dengan mak pak nya . "Loghat" ( sibuk ) jugak nak bergumbira sakan . Ate nyer , udoh jumpa sepupu . Mesti naik syeikh nya . Hihi . 



Memang best kenduri bila dapat jumpa saudara mara . Kami saja , dah riuh macam 1 kampung . Takyah undang orang lain pun xpe . Heee . 


Nie adik ibu ana . Antara salah sorang pok cik yang sangat sporting dan suka buat lawak . Tengah cite benda yang serius pun .. boleh lagi buat lawak . Kadang tu , sampai penat kami 
gelak . Hahahaha .. 😂😂😂


Kami nie , nama je kampung kat Melaka . Tapi , nak harapkan berjalan kat Melaka , masih belum habis pusing lagi . Jadi , awal - awal lagi , kami dah plan abis je kenduri nanti .. kami nak pi ronda Melaka . Klebang especially . Ana memang teringin nak pergi yang tempat padang pasir kat Klebang tu . Abang pulak , nak sangat masuk Muzium Kapal Selam dekat area situ jugak . So , memang nak kena pergi Klebang lah jugak cite dia . Huhu . 

Tapi , lepas je kenduri .. masing - masing dah keletihan . So , sume pakat balik rumah dulu . Jadi planningnya , lepas solat dan rehat .. baru kami gerak pergi . 

Okaylah , nanti ana sambung lagi . Kbai! 

Monday 7 November 2016

. Murni Kawen .



Alhamdulillah thumma alhamdulillah . 
Pada 29 hb 10 ritu , salah seorang sahabat ana masa di Teknik Brash dulu , 
Dah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya , Ahmad Mubassyer Othman . 

Alhamdulillah . 
Seronok sangat bila dapat tau dia nak kawen . 
Hahaha . Over je kan ? 
Well , Ana memang over , bila sahabat ana nak kawen :D
Benda baik kan , mesti kena tumpang gembira :)

Masa Murni bagitau nak kawen ritu , 
Ana seronok sangat . Dan berharap ana diizinkan untuk hadir , walau perjalanan nak menuju ke hari pernikahan tersebut ,  macam jauh lagi . 
Takpe , yang penting doa . Other than that , biar Allah yang tentukan . 

Alhamdulilah , 
Allah Maha Baik , Allah Maha Sweet . 
Bukan je ana diizinkan pergi , malah Allah mudahkan perjalanan ana untuk pergi . 

Dua hari sebelum ana nak pergi , 
Salah seorang sahabat masa kat Teknik Brash , contact ana . 
Ajak pergi sekali , naik satu kete dengan dia . 
Allah . Allah . Allah . 
Ana baru plan nak naik bas je ke Teluk Intan . 
Tak sangka , ada yang sudi tumpangkan pulak . Wuuuu , sangat terharu . 


Tapi , walaupun ana diizinkan untuk pergi , 
Ujian tetap ada di perjalanan tu . Hihi . 
Boleh pulak kami ''sangkut'' kat Stesen Minyak Shell . 
Bukan sangkut sebab apa pun . Sebabnya , lori minyak baru sampai . 
Plus bapak beratur panjang pulak tu , orang yang dah sedia sampai dulu kat situ . 
Yang lagi sakit hati , udoh ler nunggu barisan berejam , boleh pulak kakitangan Shell tu tak inform kat kami yang pum kami nak isi tu .. rosak . Eh ? Sempat ana tido tau ! Hahaha :D

Disebabkan kami gerak pun , nak dekat pukul 10malam , 
Plus ''sangkut'' kat Stesen Minyak Shell tu selama sejam , 
Maka sampailah kami pada pukul 2 pagi . Tudiaaaa bak hang . 
Bapak lewat . Sian pengantin , nunggu kami sampai tertido tido . Heeee . Sorry . 

Yang kelakarnya , dekat - dekat nak sampai tu , 
Boleh pulak pengantin tanya , nak makan ke ? 
Kalau nak makan , kat umah ada maggi je . Hahahaa :D
Nasib masa kami sampai tu , pengantin hidangkan kek coklat dengan susu . 
Gituuuu .. Omputih sangat . Hahahaha :D

Sambil makan , sambil korek rahsia . Hahaha :D
Yelah , selama nie whatsapp je . Tak puas . Nie ada depan mata , lagi senang nak tanya . 
Hamikkkk ! Semua kami tanya . Padan muka . Hahahaha :D
Jawapan yang paling comel dari pengantin , 

''Aku rasa , aku terkenang kat dia .. sebab dari ayam goleklah ''

Hahaha :D Murni murni . Tak sah kalau tak  buat lawak . 

Dah settle isi perut , kami menginaikan diri pulak . 
Tambahkan inai pengantin sebenarnya . Sebab tak berapa nak merah . 

Dan disebabkan kami pakai inai plus tido dalam bilik pengantin , 
So , tak boleh tido atas katil . Sebab takut comot kena cadar nanti . 
Hahaha :D Sian bilik pengantin nanti . Habis dijahanamkan oleh kami . Bhahaha :D



Pagi esoknya , sementara pengantin bersolek .. kami selpie dulu . Yeaaayyy ! Hahaha :D


Well , kami memang plan nak pakai warna kelabu dan pink pun .
So , nampak lah ala - ala bridesmaid tak berapa nak jadi . Pun boleh . Heeee :D


Nie kawan Suraya . Dia bawak sekali join kami . Ana okay je . Lagi ramai , lagi bagus .
Lagipun , takkan ana nak demand lebih . Bukan bawak kete ana . Bawak kete Su . Sukati dia lah kan ? Hahaha :D


Sementara tunggu pengantin bersiap lagi , sempatlah amik gambau pelamin dulu .
Cantik sangat . Nampak esklusif . Tapi , sebab rasa macam segan segan nak amik , jadi gegau pulak gambaunya . Hahahaha :D Poyo je :P


Yeayyy ! Pengantin dah siap . Cantik dan letopsss habis . Heee :D

By the way , satu ana puji pasal Murni nie .
Masa Mak Andam nak mekapkan dia , laju je dia bukak ayat orang mengaji dari handphone .
Masha Allah . Tu yang muka dia , seri naik lain macam . Berkat sambil dengar ayat al-Quran , sambil mekap . Heee :D


Kasik lah kami chance nak selpie berbanyak ngan pengantin . Sebabnya , tak tahu dah .. bila boleh jumpa lagi lepas nie . Tambah bila dia dah ada suami . 





Alhamdulillah . Dalam geng deme dekat Poli , kalau masuk Murni , dua dah lepas . Tinggal lagi dua orang pulak . Suraya dengan lagi sorang . Allah , ana lupa pulak namanya . Hahaha :D



Saat - saat diijabkabulkan . Masa nie , sempat lagi kami gelak - gelak kat belakang . Hahaha :D
Tergelak sebab tengok si pengantin lelaki tu , sempat menjeling mencuri pandang kat Murni .
Hahahahaaa :D


Masa nie pun , lawak jugakk . Mas kahwin yang sepatutnya bernilai RM3000 , tetiba menjadi RM30 . Si Ayah Murni nie .. nebes lah tu , nak dapat menantu . Hahaha . Gurau Pok Cik ! Jangan marah naaa :)


Alhamdulillah , habis je akad .. kami selpie lagi . Kahkah ! Cantik punya perangai :P



Lepas je salam nie , masing - masing suruh pengantin lelaki cium dahi Murni .
Tapi , ana dengan selambanya rileks je kata .. ''Tak yah kot'' . Hahaha :D
Dan pengantin lelaki nie pun setuju . Sebabnya , benda tu .. adat je . Tak berapa manis kalau nak buat . Sembunyi sembunyi jelah nanti cium dahi tu ye . Hihi .



Pengantin bersama ahli keluarga sebelah lelaki . Ana rasa , pengantin lelaki nie .. anak lelaki tunggal . Lupa pulak nak korek semalam dekat Murni . Hahaha :D Cantik je memasing . Sedondon bajunya .


                                         Pengantin bersama ibu masing - masing .


Fuhhh , penat tunggu giliran nak amik gambar personal dengan pengantin . Siap ana memang PA pengantin masa hari kejadian . Tukang kasik air bagai kat deme . Hahaha :D



Hahaha :D Masa nak amik gambau nie , ''bergaduh'' ana dengan Su .
Sebab memasing tak nak duduk sebelah pengantin lelaki .
Alih - alih , ana jugakk yang kena duduk . Si kawan pengantin laki nie , siap suruh rapat lagi .
Sebab jauh sangat katanya . Hahaha :D Gila nak rapat ?? Ada jugak yang masuk berita , pengantin perempuan mengamuk di hari perkahwinan nanti . Hahaha :D



Salah seorang kawan masa kat Tekni Brash dulu . Budak Awam macam ana . Kelas sebelah . Rapat dengan Murni . Sama - sama satu sekolah lama dulu sampai ke Teknik .



Ermmmm , dap tau lauk pauknya ! Sampai penuh pinggan ana , ana amik . Kah !
Ada saka kan ? Kena ler makan banyak banyak . Hahaha :D
Yang lagi best , siap ada Tosse tau ! Meraikan hari Deepavali mungkin .
Tapi , ana tak rasa . Sebab dah over full tank . Hahaha :D


Biasalah , kalau dah nama sahabat tu .. mesti ada momen momen hindustan , air mata bagai . 
Hahaha :D Tapi , not me lah ! Ana hati sado . Mana main , nangis nangis nie . 
Tak brutal okay ! Heee :D


Bergambau lagi untuk dijadikan kenangan . Sebabnya satu je . Nak share dalam blog lah . Hahaha :D
Masa ana kata yang ana nak tulis dalam blog pasal wedding deme nie , si Murni bagitau dekat suaminya yang ana blogger .
Suami Murni dengan kawan dia , sesama teruja . Part yang paling best tu , bila si kawan dia tanya ana , '' Are you PAS or UMNO ? '' dan ana dengan selambanya terus kata , ana DAP .
Hahaha :D Hamikkk ! Sibuk je nak tau ana apa :P


Sebelum balik tu , dapatlah ''buah tangan'' nie . Comel je . Rasa macam baru balik tengok wayang . Hahahaha :D Eh ? baru ana perasan , ana tak makan lagi bendalah nie . Elok terhias atas meja . Sayang pulak nak makan . Hahaha :D

Anyway , Mabruk Murni Amira Zainul Masri & Ahmad Mubassyer Othman .
Selamat bercinta hingga ke Jannah . Aamiin :)