Wednesday 13 December 2017

. Trip Hokkaido 7D5N ( Hari ketiga dan keempat ).


Fuhhh , sorry ler kome oi ! Baru nak update sambungan ke Jepun ritu . Al - maklum ler , orang sibuk , memang macam nie . Bhahaha :D

Okay , untuk hari ketiga , kami telah pergi melawat ke Bear Ranch @ King of Hokkaido :P Tempat di mana terletaknya beruang beruang Jepun yang comel dan sangat bijak okay ! Kenapa bijakkk ? Sebab boleh pulak deme ''merayu'' pelancong / pelawat untuk baling biskut makanan deme . Hahaha :D Comel je . 



Tengoklah aksi deme nie . Gediknya lahai ! Sape ntah yang ajar suh meminta minta nie . Hahaha :D



Inilah mesin biskutnya . Masuk 100 yen kalau ana x silap , baru dapat sebungkus biskut . Kira macam RM4 duit Malaysia lah . Ana tak beli pun . Sebab deme yang lain dah banyak beli dan kasikkan ke beruang tu . Ana jadi tukang saksikan je panorama tu . Hahahaha :D




Ana ada rakam video video masa kasik makanan nie jugak . Tapi macam biasa lah , berat lah nak attach sini . Kasik gambar jelah ek ? Cukup ler tu . Kalau nak lebih , datang sini sendiri . Eh ? Hahaha :D

Ekceli , tempat Bear Ranch nie , kecik je . Ada lah dalam 4@5 sangkar . Pehtu , takde apa dah . Kalau kome sejenis pencinta beruang , boleh ler lelama kat sini layankan deme . Tapi , kalau kome sejenis yang cepat bosan , kompom , 5 minit kemudian , kome dah keluar dah dari sini . Hahaha :D


Ini pintu masuknya ke Bear Ranch tu . Tapi , macam biasa , taktik perniagaan . Sebelum masuk tempat lawatan , haruslah melalui kedai kedai cenderahatinya dulu . Baru mahsyukkkk :P 

Kat dalam nie , ada jugak jual sejenis barangan kecantikkan yang sangat femes di Jepun . Yakni, yang berasaskan dari minyak kuda . Hah kau , kuda boleh bikin kulit cantik rupanya tau ! :P Bukan calang calang pulak tu regenya . Masaklah kalau dapat perempuan yang pakai produk nie . Maintenance tinggi oi ! Nak beli kat Jepun , satu hal . Nak bandingkan duit Malaysia dengan duit Jepun , satu hal lagi :P


Ini Linda . Tour guide kami sepanjangggggg berada di sana . Orang Thailand , tapi berkahwin dengan penduduk tempatan Jepun yang kaya di sini . Slack nya dia nie , dia tak begitu pandai speaking . Dia hanya tahu bahasa mandarin dan jepun . So , di sepanjang perjalanan kami , banyak info dan maklumat maklumat menarik tentang Jepun , kami tak berjaya adapt dengan baik . Sebab dia hanya dapat explain kan dalam bahasa mandarin . 


Ini lah bas yang membawa kami bersiar siar di sekitar Jepun . 




Hah kau ! Segar bugar kan , buah buahan dia . Sangat segar okay ! Sebab buah buahannya di tanam secara organik . Regenya pulak , boleh tahan mahal . Anggur yang ana pegang nie pun , isteri bos yang beli . Dia bagi rasa sorang 1 . Alhamdulillah , merasa ler anggur Jepun . So juicy and yummyyyy :)


Daripada Hokkaido nak ke Hakodate , memakan masa yang sangat panjangggggg dan lama . Macam dari Perak nak ke Melaka oi ! Lebih kurang 5 @ 6 jam . So , sepanjang perjalanan nak ke Hakodate tu , inilah RnR Jepun yang kami singgah . Bersih je kan ?? :) ( Kantoi pulak , tengah gambar nie diambil , manager baru keluar toilet :P )


Setelah melalui berjam jam perjalanan , baru kami semua berhenti makan . Masa nie ya Allahhhh , lapar gila baq hang ! 

Nasib baik lah makanan dia , quite okay ! :) Walaupun dilimpahi dengan banyaknya sayuran . Sebab memang kat sana , deme suka makan sayur . Dengan ana ana , dah terjebak wei ! By the way , yang ana kepit dengan chopstick tu , labu . Labu buat bakar . Hahahaha :D First try makan , dan so sedapppp :)


Habis makan tu , pekena ais krim pulak . Sebab dalam restoran makan nie , ada jugak jual barangan cenderahati bersama ais krim . Kat Jepun nie , tak tau lah kenapa , banyak nau nau orang / tempat yang jual ais krimnya . Walhal , tengah musim sejuk kot ! Rupa - rupanya , tradisi / adat orang Jepun , kalau musim tu musim sejuk , diorang tak minum air panas panas . Sebaliknya , minum air sejuk sejuk jugak . Dan kalau musim panas pulak , diorang tak minum air sejuk sejuk . Tapi , diorang minum air panas pulak . Gittewwww ... Mengikut musim sangat uolls :P

Yang eskrim ana pegang nie , perisa Octopus . Aiskrim dakwat sotong kome ! Hahaha :D Kau tengok orang Jepun , dakwat sotong pun boleh buat eskrim . Kat Malaysia ada ?? Masa ana nak beli eskrim nie , ana ingatkan coklat . Sebab nampak dalam gambar , macam warna coklat . Rupanya , eskrim dakwat sotong . Laka laka je . Member team lain , semua dok tanya ana , sedap ke idok eskrim dakwat sotong nie . Hahaha :D

Tapi , ana tak tau lah celah mana rasa dakwatnya . Sebab masa makan , rasa macam elok manis vanilla dan susu je . Takde ler pulak rasa pelik pelik yang menggambarkan ana tengah makan eskrim dakwat sotong . Nama je lebih nie . Hahaha :D



Lepas je makan , hujan mencurah curah dengan lebatnya . Dah lah suhu kat sana udoh memang sejuk , sekali , hujan pulak wei ! Pakat menggigil ler masing masing . 

Kendian , kami melawat ke satu shopping mall nie . Bukan biasa biasa . Sebab dalam shopping mall nie , ada panggung . Panggung tentang kisah sejarah penemuan dan pembuatan Rumpai Laut . Sebab Jepun terkenal dengan rumpai laut yang sangat banyakkkk . 


Ada macam macam yang dijual dalam mall nie . Salah satunya , cekelat nie . Tak beli pun . Saja amik gambar . Sekali dah balik Malaysia , baru ana tau coklat Royce nie femes . Sampai ada yang buat hantaran . Kahkahkah . Awat tak habaq awaii awaii ?? -..- Kalau tak , ana borong dah , buat hantaran jugak nanti . Achewahhhhh , takmo kalah kau !



Rumpai laut yang dikeringkan lalu ditaburi dengan bijan . Sedappppp :) Ana share dengan manager , borong 6 paket terus . Rege Malaysia , dalam RM40 bagi 3 peket seoranggggg . 


Keychain yang berjaya ana rembat dalam mall nie . Tapi , bapak mahai oi ! 1pcs - dalam RM12 duit Malaysia . Gila ! Hahaha :D Tapi , sebab ana ramai sisters sisters di Malaysia , ayuhlah pakat beli gak , sebagai kenang kenangan . 


Lepas dari Mall tu , kami ke tempat terakhir pulak bagi hari ketiga . Yakni , Hakodate Ropeway . Excited weii , nak naik cable car . Tapi kisah sedihnya , tak best ! Hahaha :D Best lagi cable car dekat Langkawi . Ada jugak lelama dalam tu , menyaksikan panorama alam . Yang kat Jepun nie , udoh ler hujan lebat , dah nak malam , sekejap je pulak tu naiknya . Sikit tak mencabar ! Like macam membazir pun ye . Hahaha :D Semua sakit ati je memasing . 


Nie panorama kat atas masa naik cable car tu . Tapi , disebabkan cuaca tak begitu baik , amik gambar pun ntah hape hape , baik ler ana selpie jelah dengan anak Tour Leader kami nie . Cantikkan ???


Ana lambat masa nie . Deme dah selpie dulu dah -..-


Masa nak turun dari situ , jumpa pulak budak laki Jepun nie dengan nenek dia . Comei betul . Tapi , muka annoying je . Sebab jumpa orang yang tak dikenali , ajak selpie :P



Habis dari Cable Car tadi , baru ler kami check in hotel yang keduaaaaa . Seperti hotel yang pertama , masih mengekalkan ciri ciri tradisional . Tapi toilet tetap bersihhhhhh dan stylo habis . Sebab guna button je sistemnya :) Sangat best :)


Kahkahkah :D Benda pertama yang kami semua cariiiiii , sebaik sahaja check in hotel . WIFI wei ! Sebab memasing dari pagi tak bukak data sebab semua pakat tak buat roaming . So , mengharapkan ehsan WIFI hotel jelah nok ! Bhahahaha :D


Merasa pakai Kimono lagi untuk hotel kedua nie . So , baiklah gunakan kesempatan yang ada nie , untuk merakam detik kenangan . Nak beli , mahal . Dapat pakai free kejap pun , jadilah ... ye tak ? :P



Dinner time !!!!! Semeja dengan Kak Elis :) Comel je akak nie , macam anak dara ! Walhal , dah anak sorang kau ! Sikit tak macam mak mak :P



Taraaaaaaaa !!! Menu yang ana amik . Spagetti tu ya ampunnnnn , sedap weiii !! Juice apple dia pun , meletop kebabom :)


Lupa pulak nak kasik tau . Sebelum dinner tu , kami bergambar dulu dengan banner .

And then lepas makan pun , bergambar reramai lagi , sebab malam still baby . Semua tak tahu nak buat apa dah . Hahahaa :D





Tadaaaaaaaaa !!! Morning view hotel tu ! Meletopsss kan ? Masha Allah . Rasa seghonokkkk gila dapat menyaksikan keindahan panorama bagaikan lukisan :)


Apa lagi , bawak bawak ler bergambarrrr :) Kuruskan ana ? Berkat makan makanan berkhasiat je kat Jepun nie . Bhahahaa :D


Sejenis roomate yang suka turun awal tiapkali makan . Just nice je keadaan dia . Sebab tak yah nak bersesak sesak dan boleh makan dengan selesa . Sebab masa masih awal :)


Hah kauuuu ! Macam mana ler tak kurus , makan nie je pepagi . Bukan macam kat Malaysia . Manjanggggg je nasi lemak dengan roti canai :P

Memang betul betul cipta sejarah . Tak pernah lagi seketul Nurul Hasanah sarapan makan nenas dengan kiwi . Hahahaha :D


Sejenis penghargaan dari deme terhadap pelancong luar . Comel je kan ??? Dok berbaris elok elok dengan bendera :P Seriously , deme nie excited gilaaaa . Melambai lambai dengan bendera tu , masa bas dah mula bergerak .

Masa deme lambai lambai nie , ana ada rekod videonya jugak . Tapi macam biasalah kan , malas lah nak attach sini . Kasik gambar sudehhhh :D


Masa dalam perjalanan ke tempat lain tu , boleh ler pulak ana ternampak ''view'' nie . Perempuan yang jadi controller kenderaan berat . Perghhhh ! Cayalah wei !


Si Linda Tour Guide kami tu , kasik cekelat nie . Sedapppp :) Ada almond dalam dia . Sebijik pulak tu ! Bukan separuh @ sebelah macam orang bisnes buat juai biskut Almond London tu ! kahkahkah :D 

Sekali ghopernya , Si Linda nie nak promotekan cekelat nie . Kot ada sesape yang nak beli , jadikan cenderahti . sepeket 1000 yen , bersamaan RM40 duit Malaysia . So , ana beli 2 je :)



View yang sangat cantikkkk :)


Air beli kat mesin ''gedegang'' :P Ingatkan sejuk . Rupanya , panas kau ! Hahaha :D


Menu tengahari kami untuk hari keempat . Sushi in da houseeeee . Tapi kan , sushi nie , betul betul belum masak . Liat kalau makan macam tu je . So , kami ( melayu dengan india yang duduk semeja ) , pakat celur dalam kuah mee tu . Bhahaha :D



Sejenis pencuci mulut yang sedap :)


Tak tahulah apa nama natang nie . Nampak macam tauhu dengan sup . Tapi sekali bila makan , rasanya macam Taufu Fa tu . Manis dan sedap jugakkkk . Tapi sebab dah kenyang makan sushi dengan mee sup tadi , tak habis pun makan yang nie . Hihi ..



Lepas makan , Linda bawak kami jenjalan sampai ke sungai nie . Dekat je dari Restoran makan tadi .



Selpie jelah yang ana tau :P Sebagai simpanan di hari mendatang :)



Lepas dari tempat tadi tu , kami naik bas semula , lalu bergerak ke Otaru Canal . Linda kata , ada 1 kedai nie , kasik secawan kopi percuma dan cawannya boleh amik bawak balik :)

Tudia aihhhh , udoh ler kopi nya kasik percuma , boleh basuh cawan nie bawak balik pulak tu ! Perghhh !!! Rejeki rejeki .

Yang sebelah kopi tu , coklat . Free jugak . Tapi , ana x makan masa tu . Dah balik Malaysia baru makan . Sedapppp !!! Rasa nak nangis makan . Sebab sedapppp :)


Kasik up lah sikit , gambau manager dengan wife nya . Hihi :D




Lepas je minum kopi percuma tu , kami ke Sakaimachi Street . Ada satu bangunan jam nie . Dan di dalam nya pulak , ada kedai yang menjual pelbagaiiiiii kotak muzik .

Kalau kome sejenis yang layan kotak muzik , boleh ler acah acah macam cite My Girl , yang ada koleksi kotak muzik nie .

Macam macam pattern weiii ! Mahal pulak tu ! Idok ler ana nak membelinya pun . Amik gambau jelah sudehhhhh :P




Yang nie , pelekat magnet peti ais tu . Mula mula dok fikir fikir , nak beli ke tak . Sekali , tak beli pun . Bhahahahahah :D Fikir je , pehtu menyesal tak beli :P



Tengok !!! 3672 yen kau ! Tukar duit Malaysia , dalam RM140 macam tu . Alamak tuannnn . Memang tak ler nak beli . Hahaha :D




Face mask bentuk muka doraemon dan hello kitty . Bhahaha :D Boleh bayangkan kembangnya macam mana face mask nie , kalau bentuk doraemon ? Hahaha . Nak bukak tengok , x boleh . So , pakat amik gambar jelah . Bukti pernah jumpa , walau x beli :P



Taraaaaaaaaaa !! Akhirnya , ana dapat membuktikan pintu sukati Doraemon nie , memang wujud . Cumanya , ia tak boleh sesuka hati membawa anda ke tempat yang diingini lah ye . Anda kekal berada di tempat yang sama . Sedeyyyy :P



Banyak betul barangan Doraemon dan Hello Kitty kat sini . Kome kalau memang fanatik dengan kartun nie , kompom gila . Gila merempan , nak beli semua . Hahahaa :D

Okaylah , macam penat pulak menaip dari tadi , tak habis habis . So , ana stop sini dulu lah ye .... Nanti ana sambung lain pulak . Penat lah weiii ! Dah pukul 4 pagi nie . Aduhhhh .....